Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elak Beli Tablet Android Murah Ini, Dilapor Tersedia Pasang Perisian Hasad

Elak Beli Tablet Android Murah Ini, Dilapor Tersedia Pasang Perisian Hasad

Diterbitkan Februari 19, 2026 ยท Dikemas kini Februari 19, 2026 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Kaspersky baru-baru ini melaporkan menemui perisian hasad baharu bernama Keenadu yang dipasang terus dalam firmware tablet Android murah.

Keenadu ialah perisian hasad Android yang berfungsi sebagai backdoor, membolehkan penyerang mengawal peranti dari jauh.

Selain tablet, ia juga dikesan pada telefon pintar dan turut disebarkan melalui aplikasi palsu yang kelihatan sah.

Elak Beli Tablet Android Murah Ini, Dilapor Tersedia Pasang Perisian Hasad
Contoh aplikasi yang dijangkiti di Google Play.

Melalui kawalan jauh, malware ini memberi kawalan penuh kepada penyerang, membolehkan mereka mencuri data peribadi, memasang aplikasi tanpa kebenaran, malah memantau carian incognito di Chrome.

Hasil daripada siasatan mereka mendapati lebih 13,000 peranti di Eropah, Brazil, Jepun dan beberapa negara lain dikenal pasti telah dijangkiti dengan perisian hasad ini.

Antara jenama terjejas ialah Alldocube, khususnya model iPlay 50 mini Pro yang dilengkapi dengan firmware sejak 2023.

Keenadu juga ditemui dalam aplikasi pihak ketiga di stor rasmi Google Play dan Xiaomi GetApps dengan muat turun melebihi 300,000 sebelum dipadam.

Elak Beli Tablet Android Murah Ini, Dilapor Tersedia Pasang Perisian Hasad
Aliran pelaksanaan pintu belakang Keenadu.

Malware ini kebanyakannya digunakan untuk penipuan iklan, menjadikan peranti sebagai bot klik.

Kaspersky juga mendapati evolusinya berupaya untuk menyesuaikan diri, mengelak pengesanan dan mengekalkan kawalan jangka panjang.

Menariknya, Keenadu tidak aktif jika peranti menggunakan bahasa Cina atau berada dalam zon masa China.

Kes ini membuktikan risiko membeli peranti murah daripada jenama tidak dikenali, kerana ancaman boleh bermula dari kilang lagi.

Berkaitan

  • Jangan Beli, 58 Kotak TV Android Ini Dijangkiti Perisian Hasad BADBOX 2.0
  • Astro Seru Pilih Platform Sah, Peranti Penstriman Haram Dimuatkan Perisian Hasad
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY