Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SanDisk Perkenal SSD UltraQLC 256TB Untuk Pusat Data AI

SanDisk Perkenal SSD UltraQLC 256TB Untuk Pusat Data AI

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh ariff bukhari

SanDisk telah memperkenalkan UltraQLC, platform SSD perusahaan generasi baharu yang membolehkan kapasiti storan ultra tinggi sehingga 256TB.

Dibangunkan sejak 2021, projek storan ini khusus dibangunkan untuk keperluan pusat data moden dan penggunaan AI berskala besar.

Proses pembangunan melibatkan ratusan jurutera merentas jabatan seperti reka bentuk ASIC, firmware, pengesahan perkakasan, dan banyak lagi.

Fokus utama UltraQLC adalah pada kelajuan tinggi, prestasi konsisten dan kecekapan tenaga melalui antara muka PCIe Gen 5.

Ia direka khas untuk menggantikan cakera keras dalam pusat data AI  dan persekitaran yang memerlukan kuasa pengkomputeran berskala tinggi yang lain.

Model 128TB pertama dijangka diuji oleh pelanggan dalam masa terdekat, manakala versi 256TB akan dilancarkan secara rasmi pada 2026.

Berkaitan

  • SanDisk Creator Series Kini Di Malaysia, Storan Direka Khas Untuk Pencipta Kandungan
  • Micron 2600 NVMe SSD, Storan Baharu Terpantas Untuk Peranti Pintar
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Inilah Storan SSD PCIe Gen6 Pertama Dunia, Berkelajuan Hingga 28GB/s

Sumber: Sandisk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY