Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
9650 SSD group

Inilah Storan SSD PCIe Gen6 Pertama Dunia, Berkelajuan Hingga 28GB/s

Diterbitkan Ogos 5, 2025 oleh ariff bukhari

Micron Technology, Inc telah melancarkan storan SSD baharu yang dibangunkan khusus untuk pusat data.

Kesemua model storan ini dibangun dengan teknologi Micron NAND G9, menjadikannya storan SSD yang menyokong PCIe Gen6 NVMe™ pertama di dunia.

Ia direka khas untuk beban kerja AI yang intensif dan pusat data berskala besar di mana ia berkemampuan membaca dengan kelajuan sehingga 28GB/s, menulis 14GB/s, dan sehingga 5.5 juta IOPS (Input/Output Operations Per Second) untuk bacaan rawak.

9650 E1.S SSD
9650 E1.S SSD
9650 E3.S SSD
9650 E3.S SSD

Malah, SSD ini bukan sahaja menumpukan kepada prestasi, tetapi juga kecekapan tenaga, termasuk sokongan penyejukan cecair (liquid cooling).

Micron 9650 hadir dalam pilihan kapasiti dari 6.4TB hingga 30.72TB, dalam  faktor E1.S, E3.S dan dua varian iaitu 9650 PRO (untuk bacaan intensif) dan 9650 MAX (untuk pelbagai penggunaan).

Menerusi model Micron 9650 ini, ia menjadi storan SSD pusat data terpantas di pasaran ketika ini.

Berkaitan

  • Ini 3 Cara Mudah Bagi Tambahkan Saiz Storan Telefon Pintar Anda
  • SanDisk Creator Series Kini Di Malaysia, Storan Direka Khas Untuk Pencipta Kandungan
  • Micron 2600 NVMe SSD, Storan Baharu Terpantas Untuk Peranti Pintar

Sumber: Micron Technology

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY