Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Micron 2600 NVMe™ SSD.

Micron 2600 NVMe SSD, Storan Baharu Terpantas Untuk Peranti Pintar

Diterbitkan Julai 2, 2025 · Dikemas kini Julai 2, 2025 oleh ariff bukhari

Micron Technology baru-baru ini mengumumkan pelancaran produk terbarunya, Micron 2600 NVMe SSD, storan SSD berprestasi tinggi pertama di dunia menggunakan teknologi Quad-level cell (QLC) NAND generasi ke-9.

Salah satu ciri utama SSD Micron 2600 ini ialah kehadiran teknologi Adaptive Write Technology™ (AWT).

Teknologi ini membolehkan kelajuan penulisan data jauh lebih tinggi melalui penggunaan sistem cache dinamik berasaskan single-level cell  (SLC), triple-level cell (TLC) dan QLC secara berlapis.

Micron 2600 NVMe SSD, Storan Baharu Terpantas Untuk Peranti Pintar

Hasilnya, SSD ini mampu mencapai kelajuan penulisan berjujukan 63% lebih pantas dan penulisan rawak 49% lebih baik berbanding SSD QLC dan TLC dalam kategori storan pada harga yang sama.

Micron 2600 mampu memberikan kelajuan bacaan sehingga 7.2 GB/s, menjadikannya SSD dengan kadar I/O NAND terpantas dalam kategori peranti pengguna setakat ini.

Micron 2600 NVMe SSD, Storan Baharu Terpantas Untuk Peranti Pintar
Teknologi AWT menggunakan seni bina cache dinamik pelbagai peringkat (SLC, TLC dan QLC) membolehkan storan ini menulis sehingga 800GB saiz data secara berterusan pada pemacu 2TB dalam hanya 1/4 masa berbanding SSD pesaingnya.

SSD ini membawa pelbagai manfaat penting khususnya kelajuan tinggi yang dapat mempercepatkan masa but sistem, pelancaran aplikasi dan pemindahan fail, sekali gus meningkatkan produktiviti.

Malah ia sangat sesuai digunakan untuk aplikasi berasaskan AI, kerana ia membolehkan pemuatan model AI dengan lebih pantas dan lancar.

Micron 2600 NVMe SSD
Reka bentuk kompak dalam pelbagai saiz menjadikannya sesuai untuk peranti pegang tangan, PC, komputer riba dan komputer riba ultra nipis.

Micron 2600 turut menyasarkan pasaran peranti kompak seperti komputer riba ultra-nipis dan peranti permainan pegang tangan, dengan menawarkan pelbagai saiz termasuk 22×30 mm, 22×42 mm dan 22×80 mm serta pilihan kapasiti dari 512 GB hingga 2 TB.

Micron memaklumkan, 2600 NVMe SSD mereka sudah pun mula dihantar kepada pengeluar OEM di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Siri OPPO Reno14 Rasmi - MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399
  • Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia

Sumber: Micron Technology Inc.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY