Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sandisk Dan SK Hynix Bekerjasama Bangunkan Memori Baru Dalam GPU AI

Sandisk Dan SK Hynix Bekerjasama Bangunkan Memori Baru Dalam GPU AI

Diterbitkan Ogos 22, 2025 · Dikemas kini Ogos 22, 2025 oleh ariff bukhari

Sandisk Corporation mengumumkan kerjasama dengan SK Hynix untuk membangunkan teknologi memori baru yang digunakan dalam GPU AI.

Teknologi baharu ini mungkin akan mengubah cara pemecut AI mengendalikan skala data secara besar-besaran.

Menerusi kerjasama ini, kedua-dua syarikat ini akan menstandardkan “High Bandwidth Flash” (HBF) sebagai alternatif kepada memori jalur lebar tinggi (HBM) tradisional yang digunakan dalam GPU AI ketika ini.

HBM vs HBF

HBF menukar sebahagian timbunan DRAM kepada flash, menghasilkan kapasiti 8 hingga 16 kali lebih besar berbanding HBM dengan kos hampir sama, serta kelebihan penjimatan tenaga.

Pendekatan ini boleh mengurangkan beban kuasa dan kos pusat data, membolehkan model AI skala besar berjalan dengan lebih cekap.

Sandisk Dan SK Hynix Bekerjasama Bangunkan Memori Baru Dalam GPU AI

Prototaip HBF ini telah pun dipersembahkan di Flash Memory Summit 2025, dengan modul sampel dijangka akan tiba pada 2026 dengan perkakasan AI pertama dilengkapi HBF akan diaplikasikan menjelang 2027 nanti.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Hyundai Patenkan Teknologi Bateri EV Generasi Baharu
  • ROG Xbox Ally Akan Dilancar Di Malaysia Pada 16 Oktober 2025

Sumber: Sandisk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY