Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hyundai EV solid-state battery

Hyundai Patenkan Teknologi Bateri EV Generasi Baharu

Diterbitkan Ogos 21, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 21, 2025 oleh ariff bukhari

Hyundai memfailkan paten baharu di Amerika Syarikat bagi teknologi bateri keadaan pepejal (solid-state) baharu yang berasaskan sulfida, membolehkan penggunaan tembaga sebagai pengumpul arus anod.

Sebelum ini, tembaga dielakkan kerana mudah terhakis oleh sulfida, menyebabkan pengeluar bergantung pada bahan lebih mahal seperti nikel atau keluli tahan karat.

Jadi, penyelesaian Hyundai ialah dengan menyalut tembaga menggunakan lapisan pelindung karbon bercampur zarah logam lithiophilic, sekali gus meningkatkan kekonduksian, ketahanan, serta mengekalkan kapasiti melalui kitaran pengecasan berulang.

Hyundai Patenkan Teknologi Bateri EV Generasi Baharu

Pendekatan ini boleh menurunkan kos bahan, menambah baik kestabilan, dan meningkatkan prestasi dalaman bateri EV.

Teknologi ini dilihat sebagai satu langkah penting ke arah pengkomersialan bateri keadaan pepejal, yang menawarkan ketumpatan tenaga lebih tinggi, pengecasan lebih pantas, dan risiko keselamatan lebih rendah berbanding bateri litium-ion konvensional.

Hyundai sebelum ini juga menjalankan usaha sama dengan SES AI, Factorial Energy dan Universiti Kebangsaan Seoul dalam membangunkan bateri keadaan pepejal.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Lepas Ini, EV Proton Dibuat Di Tanjung Malim
  • Siri Pixel 10 Rasmi: Kamera 48MP Dengan Ciri Pixelsnap, Harga Dari RM3,999

Sumber: CarBuzz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY