Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Xbox Ally and ROG Xbox Ally X

ROG Xbox Ally Akan Dilancar Di Malaysia Pada 16 Oktober 2025

Diterbitkan Ogos 21, 2025 · Dikemas kini Ogos 21, 2025 oleh ariff bukhari

ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan pelancaran ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X pada 16 Oktober 2025 di lebih 30 negara termasuklah Malaysia, Jepun, UK, dan AS.

Kedua-dua konsol permainan mudah alih baharu ini pertama kali dipertontonkan di Gamescom 2025, yang bakal menjadi pesaing baru kategori ini.

ROG Xbox Ally dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen Z2 A dengan empat teras Zen 2 lapan bebenang serta lapan teras GPU AMD RDNA™ 2.

ROG Xbox Ally (1)
ROG Xbox Ally

Ia menawarkan prestasi ultra-efisien, digandingkan dengan 16GB LPDDR5X-6400 RAM, storan 512GB M.2 SSD, serta disokong bateri 60Wh untuk tempoh permainan lebih lama.

ROG Xbox Ally X pula hadir sebagai versi premium berprestasi tinggi dengan AMD Ryzen AI Z2 Extreme, sebuah APU baharu lapan teras/16 bebenang Zen 5 bersama 16 teras GPU RDNA 3.5 dan NPU terbina dalam.

Ia turut dilengkapi 24GB LPDDR5X-8000 RAM, storan 1TB M.2 SSD, serta bateri lebih besar 80Wh untuk masa bermain yang lebih panjang.

ROG Xbox Ally X
ROG Xbox Ally X

Xbox turut memperkenal Handheld Compatibility Program, memastikan ribuan judul permainan PC dioptimumkan untuk pengalaman konsol genggam ini dengan fungsi seperti preloaded shaders untuk prestasi lebih lancar.

ROG Xbox Ally dan Ally X akan boleh memainkan pelbagai judul permainan popular seperti Balatro, Clair Obscur: Expedition 33, DOOM: The Dark Ages, Final Fantasy VII Remake Intergrade, Gears of War: Reloaded, Hogwarts Legacy, Lies of P, serta Roblox dengan pengalaman khas seperti 99 Nights in the Forest, Grow a Garden,dan Rivals.

Walau bagaimanapun, harga jualan rasmi bagi kedua-dua konsol permainan mudah alih ini belum diumumkan lagi.

Berkaitan

  • Lenovo Legion Go S Diumum - Hadir Dalam Variasi Windows Dan SteamOS, Harga Bermula RM3,299
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Penganalisis Dedah Ramai Pemain Steam Beli 'Game' Tapi Tak Sentuh Langsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
©2026 WISER.MY