Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Wallet Perkenal ‘Tap to Transfer’, Terima Wang Tanpa Sebarang Aplikasi

Samsung Wallet Perkenal ‘Tap to Transfer’, Terima Wang Tanpa Sebarang Aplikasi

Diterbitkan Mei 7, 2025 · Dikemas kini Mei 7, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung kini mengumumkan ciri baharu untuk pengguna Samsung Wallet dengan memperkenalkan ciri Tap to Transfer yang memudahkan lagi pemindahan wang antara individu (P2P).

Dengan hanya satu sentuhan antara peranti, pengguna boleh pindahkan wang dari Samsung Wallet tanpa perlu menunggu pemindahan bank.

Ciri ini adalah hasil kerjasama Samsung dengan Visa & Mastercard bagi membolehkan pemindahan langsung ke akaun bank penerima menggunakan kad debit dalam Samsung Wallet.

Memanfaatkan teknologi NFC pada telefon pintar, ia digunakan untuk menyambung ke kad debit penerima, sama seperti kaedah pembayaran di kedai.

Jadi, melalui ciri Tap to Transfer ini, pengguna Samsung Wallet boleh menghantarkan wang kepada pengguna lain yang tidak mempunyai aplikasi dompet digital, asalkan mereka memiliki kad debit dengan fungsi ‘tap-to-pay’.

Tap to Transfer akan mula dilancarkan untuk pengguna Samsung Wallet di A.S dulu pada hujung bulan ini.

Berkaitan

  • Tak Perlu 'Warm-Up' Lama, Pakai Kasut Nike Baharu Ni Boleh Terus Lari
  • Yamaha MT-09 PHEV — Masa Depan Dua Roda Dah Sampai
  • Touch Card Pertama Di Malaysia – Bank Rakyat Jadi Perintis Kad Mesra OKU

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY