Huawei hari ini melancarkan siri telefon pintar andalan baharu, siri Huawei Pura 90s. Siri ini hadir dengan dua model iaitu Huawei Pura 90s Pro Max dan Huawei Pura 90s Pro, yang memfokuskan kepada pengalaman fotografi mudah alih, rekaan premium serta ciri pintar berasaskan AI.
Model paling premium, Huawei Pura 90s Pro Max, dilengkapi kamera telefoto 200MP Ultra Large Sensor dengan sensor 1/1.28 inci RYYB, zum optikal 4x, penstabil imej optikal (OIS) serta rakaman video telefoto sehingga 20x HEX. Huawei berkata konfigurasi ini membolehkan pengguna merakam subjek dari jarak jauh dengan lebih jelas, termasuk ketika konsert atau acara sukan.
Sementara itu, Huawei Pura 90s Pro pula menggunakan kamera Ultra Lighting Macro Telephoto yang mampu memfokus sedekat 5cm, digandingkan bersama kamera utama Ultra Lighting untuk menghasilkan gambar makro dengan lebih terperinci.
Selain peningkatan perkakasan kamera, Huawei turut memperkenalkan beberapa ciri fotografi berasaskan AI. Antaranya ialah AI Composition yang membantu memberikan cadangan komposisi gambar, AI De-Glare untuk mengurangkan pantulan ketika mengambil gambar melalui kaca, AI Move bagi mengubah kedudukan subjek dalam galeri, AI Remove untuk membuang objek yang tidak diingini, serta AI Best Expression yang memilih ekspresi terbaik daripada beberapa tangkapan gambar.
Siri ini turut menggunakan True-to-Colour Camera generasi kedua bagi menghasilkan warna yang lebih semula jadi dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Dari segi perisian, siri Huawei Pura 90s menjalankan EMUI 16 yang dibina berasaskan Android 16. Sistem operasi ini menawarkan pengalaman yang lebih lancar dengan integrasi Celia AI Assistant, selain akses kepada pelbagai aplikasi melalui Huawei AppGallery.

Untuk reka bentuk, Huawei Pura 90s Pro Max ditawarkan dalam pilihan warna Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold dan Graphite Black, dengan varian Orange Ocean menggunakan rekaan Dual-Tone Gradient Mid-Frame.

Manakala Huawei Pura 90s Pro hadir dalam warna Guava Soda, Orange Soda, Mulberry Black dan Coconut White.

Kedua-dua model dilengkapi bateri 6,000mAh, namun Pro Max menyokong pengecasan pantas berwayar 100W Huawei SuperCharge, manakala Pro menyokong pengecasan pantas 66W. Pro Max turut menggunakan Kunlun Glass dengan lapisan anti-pantulan dan tahan calar bagi meningkatkan ketahanan skrin.

Di Malaysia, siri Huawei Pura 90s kini dibuka untuk pra-tempahan dengan harga bermula daripada RM3,699 (selepas rebat).
Pembeli turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076, termasuk baucar sehingga RM400, hadiah misteri bernilai RM999 serta pakej Huawei Pura 90s Series Premium Service yang merangkumi perlindungan kerosakan tidak sengaja selama setahun, penggantian bateri percuma tanpa had selama setahun, jaminan APAC & MEA selama setahun, penggantian pelindung skrin sebanyak empat kali dalam tempoh dua tahun serta perkhidmatan VIP.

Pada masa sama, Huawei turut memperkenalkan Huawei FreeClip 2 S, fon telinga jenis open-ear yang tampil dengan rekaan Luminous Aesthetics dalam pilihan warna Deepsea Blue dan Space Silver.
Ia dijual pada harga RM899 bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM318, termasuk perkhidmatan kehilangan selama setahun dan jaminan APAC selama setahun.
{suggest}
