Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kemas kini keselamatan Samsung

Samsung Pertimbang Tawar Kemas Kini Keselamatan Lebih Lama

Diterbitkan Oktober 9, 2023 oleh Amalina Athman

Google pada minggu lalu telah mengumumkan siri Pixel 8 dengan sokongan kemas kini keselamatan dan perisian selama 7 tahun. Sekali gus, ia menandingi Samsung yang sebelum ini merupakan peneraju industri dalam soal kemas kini keselamatan dan sistem operasi Android.

Kini, Samsung dilaporkan mempertimbang untuk menawarkan kemas kini keselamatan yang lebih lama.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S23 FE Dilancar - Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM
  • Samsung Turut Lancar Galaxy Tab S9 FE Dan Buds FE
  • Rasmi, Samsung Umum One UI 6
  • Samsung Dedah Sedikit Butiran Exynos 2400 Yang Akan Saingi Cip Apple M2

Menerusi laporan SamMobile, eksekutif Samsung Shin-Chul Baik mendedahkan syarikat itu secara aktif berbincang mengenai perkara yang perlu dilakukan berkenaan sokongan kemas kini keselamatan lebih lama, berbanding lima tahun yang disediakan ketika ini.

Baik menyatakan perancangan Samsung itu juga sejajar dengan peraturan baharu kelak, yang mungkin merujuk kepada cadangan peraturan EU yang menyeru syarikat untuk menawarkan sekurang-kurangnya lima tahun kemas kini sistem untuk telefon pintar.

Namun, perlu diketahui, ini tidak bermakna akan terdapat sokongan lebih 4 tahun untuk kemas kini Android OS dan One UI. Sebaliknya, Samsung mungkin hanya menawarkan sokongan kemas kini keselamatan lebih lima tahun, sementara tempoh kemas kini OS sedia ada dikekalkan.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clk0rig
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clk0rim

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY