Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 FE_2

Samsung Galaxy S23 FE Dilancar – Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM

Diterbitkan Oktober 4, 2023 · Dikemas kini Oktober 4, 2023 oleh Amalina Athman

Samsung hari ini mengumumkan Galaxy S23 FE, sebagai sebahagian daripada barisan “Fan Edition” terkini.

Samsung Galaxy S23 FE

Sekilas pandang, Galaxy S23 FE pada asasnya membawakan rekaan yang hampir sama seperti Galaxy S23. Ia hadir dengan susunan kamera “terapung”, reka bentuk yang agak kotak dan paparan rata.

Berkaitan

  • Siri Samsung Galaxy S24 Dilihat Lebih 'Power' Dari Siri iPhone 15 Pro
  • Saiz Siri Samsung Galaxy S24 Dikongsi, Rekaan Tak Banyak Ubah Dan Mirip iPhone

Spesifikasi

Menyentuh spesifikasi, Galaxy S23 FE dilengkapi paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ serta 120Hz kadar segar semula adaptif. Ia juga mempunyai sokongan perlindungan IP68.

Menguasakan peranti adalah cip Snapdragon 8 Gen 1 (bergantung kepada pasaran). Namun, mengikut laman rasmi Samsung Malaysia, pasaran tempatan menerima versi dengan kelajuan CPU 2.8GHz, 2.5GHz dan 1.8GHz, sekali gus mengesahkan penggunaan cip Exynos 2200.

Ia didatangkan bersama konfigurasi memori 8GB RAM dan sehingga 256GB storan.

Samsung Galaxy S23 FE_4

Untuk kamera, Galaxy S23 FE mempunyai tetapan tiga kamera dengan 50MP utama, 12MP ultra-lebar dan 8MP telefoto dengan 3x zum optikal. Sementara kamera swafoto hadir dengan tetapan lensa 10MP.

Bagi menghidupkan peranti pula, ia dimuatkan kapasiti bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan 25W.

Harga

Samsung Galaxy S23 FE_3

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 8GB + 128GB – RM2,999
  • 8GB + 256GB – RM3,299

Galaxy S23 FE akan tersedia untuk pasaran Malaysia bermula 10 Oktober 2023, dengan pilihan warna Mint, Cream, Graphite, Purple Indigo dan Tangerine (eksklusif pembelian dalam talian).

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cljyxq5
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cljyxqv

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY