Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy FE_

Samsung Turut Lancar Galaxy Tab S9 FE Dan Buds FE

Diterbitkan Oktober 4, 2023 · Dikemas kini Oktober 4, 2023 oleh Amalina Athman

Selain Galaxy S23 FE, Samsung turut melancarkan barisan produk lain termasuk Galaxy Tab S9 FE, Tab S9 FE+ dan Galaxy Buds FE.

Berkaitan

  • Siri Samsung Galaxy S24 Dilihat Lebih 'Power' Dari Siri iPhone 15 Pro
  • Saiz Siri Samsung Galaxy S24 Dikongsi, Rekaan Tak Banyak Ubah Dan Mirip iPhone
  • Samsung Galaxy S23 FE Dilancar - Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM

Galaxy Tab S9 FE

Galaxy Tab S9 FE_6

Galaxy Tab S9 FE dan Tab S9 FE+ masing-masing hadir dengan paparan LCD berukuran 10.9-inci dan 12.4-inci bersama 90Hz kadar segar semula adaptif.

Untuk kamera, Galaxy Tab S9 FE dimuatkan 8MP kamera utama dan 12MP kamera swafoto. Sementara Tab S9 FE+ mempunyai tetapan lensa 8MP+8MP ultra-lebar dengan 12MP kamera hadapan.

Kedua-dua model menggunakan cip Exynos 1380. Galaxy Tab S9 FE didatangkan dengan konfigurasi memori 6GB/128GB dan 8GB/256GB, manakala Tab S9 FE+ dengan 8GB/128GB dan 12GB/256GB.

Beralih ke bahagian bateri, Galaxy Tab S9 FE dan Tab S9 FE+ masing-masing dimuatkan dengan kapasiti 8,000mAh dan 10,090mAh bersama sokongan pengecasan 45W.

Galaxy Tab S9 FE_1

Antara lainnya, ia hadir dengan stylus S Pen dalam kotak, sokongan Wi-Fi 6, 5G, Bluetooth 5.3, penarafan IP68 dan sebagainya. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu Light Green, Silver, Gray dan Lavender, dengan harga bermula RM2,099 untuk Tab S9 FE dan RM2,799 bagi Tab S9 FE+.

Galaxy Buds FE

Galaxy Buds FE menawarkan sehingga 8.5 jam main balik dengan fon telinga, dan jumlah sehingga 30 jam bersama bekas pengecas. Ia juga mempunyai sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) dan penarafan IPX2.

Apabila digunakan bersama ANC, ia boleh dimainkan sehingga 6 jam dengan fon telinga, dan jumlah sehingga 21 jam termasuk bekasnya.

Fon telinga mempunyai bateri 60mAh, manakala bekas pengecasnya hadir dengan kapasiti 479mAh.

Galaxy Buds FE_4

Antara lainnya, Buds FE didatangkan bersama sokongan Bluetooth 5.2 serta serasi dengan Android 8.0 ke atas yang mempunyai RAM melebihi 1.5GB.

Galaxy Buds FE tersedia pada harga RM399 dengan pilihan warna Graphite dan White.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/cljyxq5
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/cljyxqv

Sumber: Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY