Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Exynos 850

Samsung Dedah Sedikit Butiran Exynos 2400 Yang Akan Saingi Cip Apple M2

Diterbitkan Oktober 9, 2023 · Dikemas kini Oktober 9, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Semiconductor telah pun mengadakan acara System LSI Tech Day di San Jose, California 5 Oktober 2023 lalu. Di pameran itu mereka memperlihatkan tentang set cip mudah alih perdana Exynos 2400 yang akan datang.

Exynos 2400 mungkin akan tiba pada siri Galaxy S24, berfungsi sebagai pengganti kepada Exynos 2200 yang menjanjikan lonjakan besar dalam prestasi.

Samsung mendakwa, Exynos 2400 akan menawarkan peningkatan sehingga 1.7x ganda prestasi CPU dan peningkatan 14.7x ganda dalam prestasi AI berbanding Exynos 2200.

Sebelum ini, tanda aras awal cip Exynos 2400 dikatakan setanding dengan cip Apple M2 yang menguasakan komputer riba Apple terkini.

Exynos 2400 dilengkapi dengan GPU Xclipse 940 berdasarkan seni bina AMD RDNA 3 yang menawarkan ray-tracing yang memberikan pengalaman visual yang lebih hidup dalam permainan dengan pemaparan bayang-bayang, pantulan dan pencahayaan yang lebih baik.

Berdasarkan khabar angin dan penanda aras yang terdedah baru-baru ini, Exynos 2400 direka pada pemproses 4nm LPP+ terbaharu Samsung.

Cip itu mungkin akan membawakan CPU 10 teras menggunakan konfigurasi 1+2+3+4 dengan semua teras berdasarkan seni bina ARMv9. Pendedahan itu juga mencadangkan teras Cortex-X4 utama yang mencatatkan masa pada 3.1GHz bersama-sama teras 2x Cortex-A720 pada 2.9 GHz.

Tugasan yang kurang beban pula akan dikendalikan oleh teras 3x Cortex-A720 dengan jam @ 2.6GHz dan teras 4x Cortex-A520 @ 1.8 GHz.

Exynos 2400 dijangka menyokong LPDDR5X RAM dan storan UFS 4.0. Ia juga dikhabarkan akan menyokong sensor kamera sehingga 320MP dan rakaman video 8K pada 60fps melalui ISP tersuai serba baharunya.

Ketersambungan pula akan mendapat manfaat daripada modem Exynos 5300 baharu yang mungkin akan disepadukan dan menawarkan sambungan 5G dengan Narrowband Internet of Things (NB-IoT), Rangkaian Bukan Terestrial (NTN) dan komunikasi satelit untuk situasi kecemasan.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Exynos 2400 Dilapor Dalam Pembangunan, Mungkin Setanding Apple M2
  • Senarai Terkini Telefon Pintar Yang Menyokong 5G Malaysia Setakat Ogos 2023
  • Ribuan Peranti Android Termasuk 7 'Android Box' Ini Didapati Ada Perisian Hasad

Sumber: Samsung

(Beli pelbagai produk Samsung dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY