Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kioxia Perkenal Storan Generasi Baharu Untuk Telefon Pintar

Kioxia Perkenal Storan Generasi Baharu Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan Februari 24, 2026 oleh ariff bukhari

Kioxia (sebelum ini dikenali sebagai Toshiba Memory) hari ini memaklumkan bahawa mereka kini mula menghantar sampel penilaian bagi peranti memori flash UFS 5.0, yang direka untuk memperkasakan telefon pintar dan sistem mudah alih masa depan.

Teknologi ini menggunakan MIPI M-PHY v6.0 dan UniPro v3.0, dengan mod HS-GEAR6 yang mampu mencapai kelajuan sehingga 46.6 Gbps setiap lorong.

Ia juga memberikan kelajuan baca/tulis efektif sekitar 10.8 GB/s.

Kioxia Perkenal Storan Generasi Baharu Untuk Telefon Pintar

Model storan ini hadir dalam kapasiti 512 GB dan 1 TB, dengan saiz pakej kompak 7.5 x 13 mm untuk kecekapan papan litar utama yang lebih baik.

Ia dibina menggunakan BiCS FLASH™ generasi kelapan bersama pengawal UFS 5.0 baharu.

Sampel 512 GB mula dihantar pada 24 Februari 2026, manakala versi 1 TB dijadualkan pada Mac 2026.

Berkaitan

  • Toshiba Memory Bakal Dikenali Sebagai 'Kioxia'
  • Kioxia Umum SSD NVMe 245TB Pertama Dunia Untuk AI Generatif
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Kioxia Lancar Memori Flash UFS v4.1 Untuk Aplikasi Dan Storan Berkapasiti Tinggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY