Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Ring_Wiser MY

Samsung Perkenal Saiz Baharu Galaxy Ring, Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tahun Ini

Diterbitkan Januari 15, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Samsung Electronics telah mengumumkan pengenalan saiz baharu untuk peranti boleh pakai Galaxy Ring, iaitu saiz 14 dan 15, menjadikan pilihan saiz kini antara 5 hingga 15. Bermula Februari 2025, Galaxy Ring juga akan tersedia di 15 pasaran baharu termasuk Malaysia, menjadikannya boleh didapati di 53 pasaran seluruh dunia.

Galaxy Ring ialah peranti boleh pakai inovatif yang menumpukan kepada kesihatan. Diperbuat dengan rekaan ringan dan bateri tahan lama, ia memberikan keselesaan walaupun dipakai untuk tempoh yang panjang, tidak seperti jam tangan pintar. Sejak dilancarkan secara global pada Julai 2024, Galaxy Ring telah menarik perhatian dengan fungsinya yang membantu menganalisis corak tidur, kesihatan keseluruhan, dan menyediakan data kesihatan yang terperinci.

Selain itu, Galaxy Ring kini hadir dalam tiga warna menarik — Titanium Hitam, Titanium Perak, dan Titanium Emas. Pengguna juga boleh mendapatkan kit pengukuran percuma di laman web Samsung atau mengunjungi kedai Samsung berdekatan untuk mendapatkan saiz yang sesuai.

Kemas kini Samsung Health: Penekanan pada kesihatan tidur

Samsung Perkenal Saiz Baharu Galaxy Ring, Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tahun Ini

Bersama pengembangan Galaxy Ring, Samsung turut menaik taraf aplikasi Samsung Health dengan ciri baharu yang lebih canggih untuk membantu pengguna mendapatkan tidur berkualiti. Antara ciri terbaharu termasuk:

  • Laporan Persekitaran Tidur: Aplikasi ini menganalisis persekitaran bilik tidur seperti suhu, kelembapan, kualiti udara, dan pencahayaan. Pengguna akan menerima laporan setiap pagi tentang cara meningkatkan keadaan bilik untuk tidur lebih baik.
  • Panduan Waktu Tidur: Aplikasi mencadangkan waktu tidur optimum berdasarkan corak dan rutin harian pengguna, serta memberikan panduan untuk meningkatkan kualiti tidur.
  • Penjejak Kesedaran (Mindfulness Tracker): Pengguna boleh memantau emosi dan mengikuti panduan meditasi atau senaman pernafasan yang disediakan untuk kesihatan mental yang lebih baik.

Ciri ini juga boleh diselaraskan dengan SmartThings untuk mengubah tetapan bilik seperti pencahayaan dan suhu secara automatik, menjadikan pengalaman tidur lebih selesa dan menyegarkan.

Galaxy Ring dengan saiz baharu akan mula dijual pada 22 Januari 2025, memberi peluang kepada lebih ramai pengguna menikmati manfaat teknologi kesihatan pintar ini.

Berkaitan

  • Macam Ni Samsung Ubah Cara Anda Tonton TV Dengan Teknologi AI
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Samsung Pay Kini Sokong Kad Kredit Visa Alliance Bank, Ini Cara Guna
  • Samsung Perkenal 'Soundbar' Terbaru Dengan Teknologi AI

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY