Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alliance Bank Virtual Card Credit

Samsung Pay Kini Sokong Kad Kredit Visa Alliance Bank, Ini Cara Guna

Diterbitkan Januari 9, 2025 oleh Amalina Athman

Alliance Bank kini mengumumkan bahawa pengguna kad Kredit Visa sudah boleh menggunakan Samsung Pay untuk pembayaran.

Dengan kerjasama Visa dan Samsung, pengguna Alliance Bank boleh menambahkan mana-mana Kad Kredit Visa maya atau fizikal untuk pendaftaran dengan Samsung Pay.

Cara tambah kad kredit Visa Alliance Bank di Samsung Pay

Perlu diketahui, Kad Kredit Visa Alliance Bank boleh ditambahkan pada berbilang peranti yang serasi pada Samsung Pay. Berikut merupakan cara untuk menambah kad kredit Visa Alliance Bank ke Samsung Pay.

Kad Kredit Virtual

  1. Pastikan peranti Samsung anda serasi dan telah mendaftar akaun Samsung Wallet.
  2. Log masuk ke Kad Kredit Maya anda melalui aplikasi mudah alih allianceonline,
  3. Pilih “Add to Samsung Pay” dan ikuti langkah pengesahan.
  4. Setelah diluluskan, imej kad kredit akan muncul di Samsung Pay dan boleh terus menggunakannya untuk transaksi.

Kad Kredit Fizikal

  1. Buka aplikasi Samsung Wallet, klik “Add Card” dan masukkan atau imbas butiran Kad Kredit Visa Alliance Bank anda.
  2. Ikuti langkah pengesahan.
  3. Setelah diluluskan, imej kad akan muncul di Samsung Pay dan pengguna boleh menggunakannya untuk transaksi.

Samsung Pay Kini Sokong Kad Kredit Visa Alliance Bank, Ini Cara Guna

Cara guna

Untuk membuat pembayaran di kedai menggunakan Samsung Pay, pengguna hanya perlu:

  1. Swipe up daripada butang Home, atau buka aplikasi Samsung Pay.
  2. Pilih Kad Kredit Visa Alliance Bank yang ingin digunakan dengan meleret ke kiri atau kanan.
  3. Untuk mengesahkan transaksi, gunakan pengesahan biometrik atau masukkan PIN Samsung Pay 4 digit anda.

Samsung Pay Kini Sokong Kad Kredit Visa Alliance Bank, Ini Cara Guna

Berkaitan

  • Google Pay Dan Apple Pay Kini Sokong Wise, Ini Cara Guna
  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Google Pay Kini Menyokong Kad Debit Boost Bank

Sumber: Alliance Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY