Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Malaysia Umum Potongan Harga Untuk Tiga Buah Model

Samsung Malaysia Umum Potongan Harga Untuk Tiga Buah Model

Diterbitkan Januari 4, 2018 ยท Dikemas kini Januari 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Kini memasuki tahun baru, Samsung Malaysia Electronics pada hari Selasa yang lepas telah mengumumkan kemaskini harga untuk tiga buah model telefon pintar mereka.

Model-model yang dimaksudkan adalah Galaxy Note FE, Galaxy J7+ dan Galaxy J7 Pro. Ketika pengenalannya ke pasaran Malaysia, Galaxy Note FE ditawarkan pada harga RM2599 dan kini ia telah mendapat potongan harga sebanyak RM400 menjadikan harga terbaru ialah RM2199.

Menyusuli model itu adalah model “adik-beradik” iaitu Galaxy J7+ dan J7 Pro dengan harga terkini masing-masing berada pada takuk RM1299 dan RM1099.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas ketiga-tiga model.

Samsung Galaxy FE Note (RM2199)

Samsung Malaysia Umum Potongan Harga Untuk Tiga Buah Model

  • Skrin 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560 piksel
  • cip pemprosesan Exynos 8890
  • RAM bersaiz 4GB dan storan dalaman 64GB
  • kamera belakang 12MP dan kamera hadapan 5MP
  • kapasiti bateri 3,200 mAh

Samsung Galaxy J7+ (RM1299)

Samsung Malaysia Umum Potongan Harga Untuk Tiga Buah Model

  • skrin 5.5-inci HD penuh dengan panel Super AMOLED
  • cip pemprosesan MediaTek Helio P20
  • Memori RAM 4GB dan ruangan storan 32GB
  • Dwi kamera belakang 12MP+5MP dan kamera hadapan 16MP
  • bateri berkapasiti 3000mAh

Samsung Galaxy J7 Pro (RM1099)

Samsung Malaysia Umum Potongan Harga Untuk Tiga Buah Model

  • skrin 5.5-inci HD penuh dengan panel Super AMOLED
  • cip pemprosesan Exynos 7870
  • RAM bersaiz 3GB dan storan dalaman 32GB
  • kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 13MP
  • kapasiti bateri 3,600 mAh

Sumber: The Star Online

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
©2026 WISER.MY