Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo_Samsung Introduces QLED Q5F Smart TV, Combining Smart Innovation with Everyday Practicality

Samsung Lancar TV Pintar QLED 40 Inci Mampu Milik Serendah RM1,099

Diterbitkan Mei 5, 2026 oleh ariff bukhari

Samsung Malaysia hari ini memperkenalkan QLED Q5F Smart TV, untuk pengalaman hiburan rumah terbaik pada harga yang lebih mampu milik.

Dikuasakan teknologi Real QLED dengan Quantum Dot, ia menghasilkan warna lebih tepat dan terang. menjadikan tontonan visual lebih hidup.

Samsung Lancar TV Pintar QLED 40 Inci Mampu Milik Serendah RM1,099

Audio turut diperkaya dengan ciri Object Tracking Sound Lite (OTS Lite) yang menyelaras bunyi mengikut aksi di skrin, mencipta suasana 3D yang imersif.

Dari segi keselamatan, Q5F dilengkapi Samsung Knox Security yang melindungi kata laluan, PIN dan peranti IoT daripada ancaman siber.

Samsung Lancar TV Pintar QLED 40 Inci Mampu Milik Serendah RM1,099
Sistem operasi One UI Tizen memberi akses lancar kepada aplikasi terkini, dengan sokongan naik taraf sehingga tujuh tahun.

Ditawarkan dalam saiz 40” dan 43”, Samsung QLED Q5F Smart TV ini direka untuk ruang kediaman moden dengan harga promosi bermula RM1,099 (40 inci) dan RM1,199 untuk model 43 inci.

Samsung Lancar TV Pintar QLED 40 Inci Mampu Milik Serendah RM1,099
Promosi ini sah dari sekarang sehingga 30 Jun 2026.

Malah pelanggan yang membeli semasa tempoh promosi juga turut menikmati rebat tambahan sehingga RM150 melalui baucar siaran langsung di laman rasmi Samsung.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Teknologi Brek MotoGP Kini Ditawar Pada Basikal Gunung
  • ANKER Tawar Produk Serendah RM5 Sempena Pembukaan Butik Pertama Asia Tenggara Di IOI City Mall, Putrajaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY