Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Brek MotoGP Kini Ditawar Pada Basikal Gunung

Teknologi Brek MotoGP Kini Ditawar Pada Basikal Gunung

Diterbitkan Mei 5, 2026 ยท Dikemas kini Mei 5, 2026 oleh ariff bukhari

Brembo, peneraju global sistem brek berprestasi tinggi telah melancarkan GR-PRO, ekosistem brek berprestasi tinggi khusus untuk basikal gunung moden.

Selepas membuat penampilan sulungnya bersama pasukan lumba basikal gunung Specialized Gravity Team di Kejohanan Dunia Menurun Bukit, GR-PRO kini membawakan teknologi perlumbaan dunia itu kepada peminat basikal gunung.

brek basikal brembo
Versi brek basikal Brembo yang digunakan pertama kali pada pasukan Specialized Gravity Team 2025 lalu.
brek basikal brembo

Direka dengan DNA MotoGP, sistem ini menampilkan caliper dua bahagian tempa untuk ketegaran maksimum, serta master silinder dengan tiga pelaras: nisbah tuil (3 tahap), dead stroke (7 tahap) dan reach (40 posisi).

Gabungan ini sekali gus memberi kawalan, kestabilan dan konsistensi luar biasa, walaupun di laluan curam dan teknikal.

Teknologi Brek MotoGP Kini Ditawar Pada Basikal Gunung
Teknologi Brek MotoGP Kini Ditawar Pada Basikal Gunung

GR-PRO turut dilengkapi pad brek khusus, cakera keluli tahan karat dengan permukaan inspirasi Piala Dunia, hos keluli berjalin, serta minyak mineral khas hasil R&D Brembo.

Kit GR-PRO merangkumi dua caliper, dua master silinder, hos, minyak mineral dan pad gantian, manakala cakera brek dijual berasingan.

Belum diumumkan harga jualannya, kit sistem brek Brembo GR-PRO ini hanya akan tersedia di Eropah bermula Julai 2026 nanti.

Berkaitan

  • Brembo Masuk Dunia Basikal, Sasar Perlumbaan Dunia
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 63% Pelanggan Proton Beralih Dari ICE Ke e.MAS 7 PHEV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY