Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2026-05-05 at 11.22.09

ANKER Tawar Produk Serendah RM5 Sempena Pembukaan Butik Pertama Asia Tenggara Di IOI City Mall, Putrajaya

Diterbitkan Mei 5, 2026 · Dikemas kini Mei 6, 2026 oleh ariff bukhari

ANKER Innovations, syarikat teknologi perkakasan pintar global, telah membuka butik pertamanya di Asia Tenggara dengan pelancaran rasmi di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

Kedai ini menghimpunkan pelbagai jenama ANKER termasuklah soundcore, eufy dan eufyMake sekali gus menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan merangkumi pengecasan, audio, rumah pintar, teknologi kreatif serta penjagaan ibu dan bayi.

Victor Liao, Pengurus Negara ANKER Malaysia, menekankan bahawa Malaysia adalah pasaran utama di rantau ini.

Dengan sokongan platform e-dagang dan saluran runcit fizikal, butik ini menjadi langkah seterusnya untuk memperkukuh hubungan dengan pengguna melalui pengalaman interaktif.

WhatsApp Image 2026-05-05 at 11.22.12
Antara barisan produk yang dipamerkan termasuk ANKER Prime Power Bank 26K 300W, ANKER Prime Charger 250W, serta stesen pengecas tanpa wayar MagGo.
WhatsApp Image 2026-05-05 at 11.22.10 (1)
Pengunjung juga boleh mencuba fon telinga soundcore Liberty 5 Pro, sistem pembersihan pintar eufy, dan teknologi pencetak 3D eufyMake.
WhatsApp Image 2026-05-05 at 11.22.14
WhatsApp Image 2026-05-05 at 11.22.13
WhatsApp Image 2026-05-05 at 11.22.10

Butik ini turut menampilkan zon percetakan serta pusat servis selepas jualan.

Sempena pembukaannya, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif, termasuk diskaun berperingkat sebanyak 10% dengan perbelanjaan minimum RM400 atau 15% dengan perbelanjaan RM800 sepanjang tempoh pembukaan sehingga 23 Mei 2026.

Ini akan diikuti dengan pembukaan rasmi pada 24 Mei 2026.

Bagi meraikan pembukaan tersebut, pelanggan boleh menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah termasuk Robot Vakum C28 Omni bernilai RM2,299 dan pengecas komputer riba.

Tawaran pakej istimewa juga tersedia, dengan produk ANKER terpilih berharga serendah RM5.10 setiap set (terhad untuk 100 pelanggan terawal sahaja) bermula dari 24 Mei 2026.

Promosi ini akan diteruskan dengan tawaran tambahan semasa tempoh pembukaan rasmi dari 25 Mei hingga 24 Jun 2026.

Dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam, jom kunjungi Kedai Butik ANKER Innovations yang dan terletak di L2-11, Tingkat 2, IOI City Mall, Putrajaya.

Berkaitan

  • Anda Boleh Tunaikan Solat Jumaat Dalam IOI City Mall Putrajaya Bermula September Ini
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • HONOR Experience Store Kini Di IOI City Mall Dengan Tawaran Istimewa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY