Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 2_ Samsung Odyssey OLED G6

500Hz Di Tangan ‘Gamer’ – Samsung Odyssey OLED G6 Kini Di Malaysia

Diterbitkan Mei 16, 2025 · Dikemas kini Mei 16, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung hari ini melancarkan Odyssey OLED G6, monitor permainan OLED pertama mereka dengan kadar segar 500Hz untuk pasaran Singapura, Thailand, Vietnam, dan Malaysia, sebelum pelancaran globalnya.

Monitor premium bersaiz 27 inci ini menawarkan prestasi masa tindak balas 0.03ms, resolusi QHD dan teknologi QD-OLED untuk visual jelas dan lancar.

Dengan sokongan NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync™ Premium Pro, serta VESA DisplayHDR True Black 500, Odyssey OLED G6 memastikan grafik bebas gangguan dan warna terang.

Photo 1_Samsung Odyssey OLED G6
Versi Odyssey OLED G6 sebelumnya hanya menyokong kadar segar 360Hz sahaja.

Ia juga dilengkapi dengan ciri utama yang lain seperti OLED Safeguard+ melindungi daripada burn-in, manakala Glare Free dan Pantone Validated memastikan paparan visual yang selesa dan tepat.

Sempena pelancarannya, dari 15 – 31 Mei 2025, pelanggan yang membuat pra-pesanan Monitor Permainan Odyssey G6 2025  semasa Tempoh Pra-Pesanan layak untuk menikmati diskaun sebanyak RM500.

Menjadikan monitor permainan ini hanya berharga RM4,999. Malah, pelanggan boleh menggabungkan tawaran tambahan untuk penjimatan yang lebih besar di mana pelanggan boleh menikmati penjimatan keseluruhan sehingga RM1,300.

Ketahui lebih lanjut tentang promosi ini dengan layari 2025 Odyssey Gaming Monitor | Pre-Order now | Samsung Malaysia

Beli barisan monitor baharu Samsung dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmphzl
  • Lazada – https://invl.me/clmphzs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Sony WH-1000XM6 Kini Rasmi Di Malaysia – Harga RM2,099, Ini Yang Baharu
  • CarPlay Ultra Dilancarkan Hari Ini Untuk Model Kereta Terpilih

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY