Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CarPlay Ultra Dilancarkan Hari Ini Untuk Model Kereta Terpilih

CarPlay Ultra Dilancarkan Hari Ini Untuk Model Kereta Terpilih

Diterbitkan Mei 16, 2025 · Dikemas kini Mei 16, 2025 oleh ariff bukhari

Apple hari ini memperkenalkan CarPlay Ultra, generasi baharu CarPlay yang kini tersedia untuk model Aston Martin baharu di AS dan Kanada.

Apple menyatakan, CarPlay Ultra menawarkan pengalaman dalam kereta yang lebih pintar dan lancar dengan integrasi mendalam antara iPhone dan sistem info hiburan kereta.

Ia memaparkan kandungan masa nyata dan widget interaktif pada semua skrin pemandu, termasuk kluster instrumen, sambil mengekalkan identiti visual pengeluar.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/05/16102954/Apple-CarPlay-Ultra-cluster-startup.mp4

Pemandu boleh mengawal fungsi kereta seperti radio, sistem audio, dan tetapan prestasi melalui Siri, butang fizikal, atau kawalan pada skrin.

CarPlay Ultra turut membolehkan pengguna menyesuaikan tema dan warna mengikut citarasa peribadi.

Aston Martin menjadi jenama pertama melancarkan CarPlay Ultra, dengan jenama lain seperti Hyundai, Kia, dan Genesis turut merancang melengkap barisan kereta baharu mereka dengan CarPlay Ultra.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Trump Minta Apple Henti Rancangan Bina Kilang Di India
  • Sony WH-1000XM6 Kini Rasmi Di Malaysia – Harga RM2,099, Ini Yang Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY