Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A8 Dan A8+ (2018)  Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan, Harga Jualan RM1799 Serta RM2499

Samsung Galaxy A8 Dan A8+ (2018) Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan, Harga Jualan RM1799 Serta RM2499

Diterbitkan Januari 17, 2018 · Dikemas kini Januari 17, 2018 oleh Helmi Samsuri

Samsung Malaysia akhirnya telah melancarkan secara rasmi dua model baru, Galaxy A8 (2018) dan juga Galaxy A8+ (2018) yang bakal dipertaruhkan pada pasaran kelas pertengahan.

Samsung Galaxy A8 dan A8+ secara kasarnya dilihat memiliki spesifikasi yang sama seperti penggunaan cip pemprosesan Exynos 7885, ruang storan dari 32GB hingga 64GB, dan dioperasikan dengan Android Nougat 7.1.1.

Samsung Galaxy A8 Dan A8+ (2018)  Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan, Harga Jualan RM1799 Serta RM2499

Bagi tetapan kamera pula, terletaknya dwi kamera selfie dibahagian hadapan menerusi gabungan lensa 16MP dan 8MP dengan sensor aperture f/1.9. Disebut juga kamera selfie ini mampu memberikan kesan bokeh setanding dengan Pixel 2 dan juga iPhone X.

Samsung Galaxy A8 Dan A8+ (2018)  Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan, Harga Jualan RM1799 Serta RM2499

Dari segi paparan ia menggunapakai skrin AMOLED Infinity Display yang berbingkai nipis pada nisbah 18:9. Perbezaan antara model A8 dan A8+ adalah ukuran skrin dimana A8 berukuran 5.6 inci  dengan RAM 4GB dan versi plus pula adalah 6 inci bersama RAM 6GB.

Samsung Galaxy A8 Dan A8+ (2018)  Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan, Harga Jualan RM1799 Serta RM2499

Kapasiti bateri juga berlainan dimana A8 dilengkapi dengan bateri 3000mAh manakala A8+ berkapasiti 3500mAh.

Rekaan belakang memperlihatkan pengimbas cap jari diletakkan betul-betul dibawah lensa kamera utama mirip seperti khabar angin tentang rekaan Samsung Galaxy S9. Kedua-dua model menerima pensijilan IP68 yang mana ia kalis air dan debu.

Masing-masing bakal dijual pada harga RM1799 dan RM 2499.

Samsung Galaxy A8 Dan A8+ (2018)  Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan, Harga Jualan RM1799 Serta RM2499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY