Ini Mungkin Spesifikasi Yang Bakal Hadir Pada Samsung Galaxy S9 Dan S9+

Sudah kedengaran beberapa siri khabar angin mengenai Samsung Galaxy S9 dan "abangnya" S9+, dengan ura-ura terbaru memperlihatkan beberapa spesifikasi yang mungkin melengkapi model-model terbabit.


Turut tertiris adalah imej membayangkan rupa bentuk Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang dikhabarkan pelancarannya awal 2018 nanti. Ia adalah rekaan semula oleh OnLeaks juga dikenali sebagai Steve H berdasarkan skematik yang diterima dari sumber yang tidak dinamakan.







 



Spesifikasi dibawah dikatakan bakal hadir pada Samsung Galaxy S9 dan S9+ tetapi sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Samsung, ia kekal sebagai khabar angin.

Samsung Galaxy S9

  • Skrin paparan 5.65 inci  QHD+ Super AMOLED

  • Snapdragon 845 / Exynos 9810

  • RAM 4GB / 6GB

  • Ruang memori 64GB dan 128GB

  • Slot kad MikroSD sehingga 256GB

  • Sokongan Bluetooth LE, NFC, USB-C, Cat 18 LTE

  • Kamera 12MP  f/2.4 dengan 2X zoom optikal

  • Kamera swafoto 8MP f/1.7

  • Sensor: pengimbas mata, 3D, pengimbas cap jari, accelerometer, gyro, proximity, kompass, barometer, kadar degupan jantung, Sp02

  • Bateri 3100 mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 2.0

  • Aksesori lain: Samsung DeX, ANT+ Bixby, speaker AKG


Samsung Galaxy S9 Plus

  • Skrin paparan 6.2 inci QHD+ Super AMOLED

  • Snapdragon 845 / Exynos 9810

  • RAM 4GB / 6GB

  • Ruang memori 64GB dan 128GB

  • Kamera 12MP  f/1.7 dengan 2X zoom optikal

  • Kamera swafoto 8MP f/1.7

  • Sensor: pengimbas mata, 3D, pengimbas cap jari, accelerometer, gyro, proximity, kompass, barometer, kadar degupan jantung, Sp02

  • Bateri 3600 mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 2.0 atau lebih tinggi

  • Aksesori lain: Samsung DeX, ANT+ Bixby, speaker AKG


Kedua-dua peranti ini diramal akan membuat kemunculan pada MWC 2018 yang akan berlangsung di Sepanyol pada penghujung Februari 2018.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=5&v=HsKSWulgeQs

Samsung Galaxy S9

https://www.youtube.com/watch?v=yfhYRrIWQzc

Samsung Galaxy S9+

Sumber: Slash Gear