Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s25 edge

Samsung Dilapor Tunda Pelancaran Galaxy S25 Edge

Diterbitkan April 2, 2025 · Dikemas kini April 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Awal Januari 2025, Samsung membuat kejutan dengan mengacah peranti Galaxy S25 Edge. Telefon ultra nipis itu pada asalnya dijadualkan untuk dilancarkan 15 April ini.

Namun, laporan terbaru mengatakan yang ia mungkin ditunda kepada sekitar Mei atau Jun tahun ini.

Keputusan ini dibuat selepas perubahan tugas kepimpinan dalaman bahagian Mobile Experience (MX) dan pertimbangan strategi pemasaran yang tepat.

Pelancaran Galaxy S25 Edge akan dibuat secara dalam talian dalam bentuk video teaser dan akan mendedahkan spesifikasi penuh serta tarikh jualan rasmi.

Dari sudut harga, ia diletakkan di antara Galaxy S25+ dan S25 Ultra. Memandangkan S25+ 256GB berharga RM4,999 dan S25 Ultra 256GB RM5,999, harga permulaan S25 Edge mungkin sekitar RM5,100.

Samsung menegaskan penangguhan ini bukan berpunca daripada masalah kualiti produk, sebaliknya dipercayai turut dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa di Korea Selatan serta perubahan tanggungjawab eksekutif MX, Roh Tae-moon yang kini turut mengetuai bahagian DX.

Dikhabarkan, Galaxy S25 Edge merupakan telefon paling nipis pernah dikeluarkan Samsung, hanya setebal 5.8mm, dengan skrin 6.66 inci, hadir dalam tiga warna – perak, hitam, dan biru. Samsung menyasarkan pengeluaran sebanyak 3 juta unit untuk Galaxy S25 Edge tahun ini.

@wisermy

Ada tak minat model Edge ni bila Samsung dah keluarkan nanti 🧐. #samsung #galaxys25edge #samsunggalaxy

♬ Trap beat with Bass(209176) – BeatSniper(Neosound)

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999
  • Samsung Buat Kejutan Dengan Mengacah Galaxy S25 Edge
  • Samsung Galaxy A56, A36, A26 Dijual Pada Harga Bermula RM1,199 Di Malaysia

Sumber: etnews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY