Dua model ini diperkenalkan dalam kelas pertengahan tetapi membawakan kelengkapan yang cukup berkuasa untuk bersaing dengan model lain dalam kelas tersebut.
Samsung Galaxy A8 dan A8+ secara kasarnya dilihat memiliki spesifikasi yang sama seperti penggunaan cip pemprosesan Exynos 7885, ruang storan dari 32GB hingga 64GB, dan dioperasikan dengan Android Nougat 7.1.1.
Bagi tetapan kamera pula, terletaknya dwi kamera selfie dibahagian hadapan menerusi gabungan lensa 16MP dan 8MP dengan sensor aperture f/1.9. Disebut juga kamera selfie ini mampu memberikan kesan bokeh setanding dengan Pixel 2 dan juga iPhone X.
Dari segi paparan ia menggunapakai skrin AMOLED Infinity Display yang berbingkai nipis pada nisbah 18:9. Perbezaan antara model A8 dan A8+ adalah ukuran skrin dimana A8 berukuran 5.6 inciĀ dengan RAM 4GB dan versi plus pula adalah 6 inci bersama RAM 6GB.
Kapasiti bateri juga berlainan dimana A8 dilengkapi dengan bateri 3000mAh manakala A8+ berkapasiti 3500mAh.
Rekaan belakang memperlihatkan pengimbas cap jari diletakkan betul-betul dibawah lensa kamera utama mirip seperti khabar angin tentang rekaan Samsung Galaxy S9. Kedua-dua model menerima pensijilan IP68 yang mana ia kalis air dan debu.
Maklumat tentang harga penjualan masih belum dinyatakan oleh Samsung dan dikhabarkan ia akan memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2018.
Sumber: Samsung
Berkaitan
- Huawei AppGallery BASH Tawarkan Ganjaran Bernilai RM1.6 Juta Untuk Anda Sehingga 11 November Ini
- Mahu Laptop Ringan Dengan Rekaan Kemas? ASUS VivoBook S14 Dan S15 Mungkin Jawapannya
- 5 Perkara Menarik Mengenai OPPO F11 Pro Yang Perlu Anda Tahu
- OPPO R9s Akan Dilancar Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
- Jepun Akan Sekat Eksport Beberapa Bahan Pembuatan Peranti Ke Korea Selatan
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- Samsung Malaysia Kini Mempunyai Gedung Dalam Talian Rasmi
- Ujian Rintis Teknologi 5G Di Perak Bakal Bermula Julai Depan
- Google Camera Port Kini Menyokong Mi 8, Mi Mix 2S Dan Poco F1
- Zanco Tiny T1 - Telefon Terkecil Di Dunia, Hanya Sebesar Bateri AAA