Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
9100 PRO with Heatsink_3

Samsung 9100 Pro SSD Dilancar – PCIe 5.0, Harga Bermula RM679

Diterbitkan Mac 20, 2025 · Dikemas kini Mac 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Samsung kini melancarkan Samsung 9100 PRO, SSD pengguna pertama mereka yang menyokong PCIe 5.0. Dengan kelajuan bacaan dan penulisan sehingga 14,800 MB/s dan 13,400 MB/s, ia menawarkan prestasi luar biasa untuk multitugas berprestasi tinggi di komputer riba, PC gaming, dan konsol permainan.

Samsung 9100 PRO direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan akses data lebih pantas, terutamanya profesional yang bekerja dengan kandungan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan peminat permainan video yang inginkan pengalaman gaming tanpa gangguan. Dengan kapasiti sehingga 8TB, SSD ini menyediakan lebih banyak ruang penyimpanan untuk kerja kreatif dan permainan berdefinisi tinggi.

Dari segi kecekapan kuasa, Samsung 9100 PRO menawarkan penjimatan tenaga sehingga 49% berbanding generasi sebelumnya, hasil daripada sistem pengurusan haba yang dipertingkatkan.

9100 PRO

Model 1TB, 2TB, dan 4TB dilengkapi dengan sinki haba (heatsink) 8.8mmT yang mematuhi spesifikasi PCISIG D8, membantu kawalan suhu untuk prestasi yang lebih stabil.

Sementara itu, model 8TB menggunakan sinki haba 11.25mmT, menjadikannya SSD NVMe pertama Samsung yang menyokong kapasiti lebih besar untuk pengalaman gaming dan penciptaan kandungan generasi akan datang.

Untuk memudahkan pengguna, Samsung Magician Software turut disertakan bagi membantu dalam pemindahan data, pemantauan kesihatan SSD, serta kemas kini firmware secara automatik.

Samsung 9100 PRO akan mula dijual di Malaysia pada 4 April 2025 untuk model 1TB, 2TB, dan 4TB menerusi Samsung Online Store, Lazada, Shopee, serta kedai elektronik terpilih. Sementara itu, model 8TB akan tersedia mulai Jun 2025.

Berikut adalah harga bagi setiap model:

 Samsung 9100 PRO (Tanpa sinki haba)

  • 1TB – RM679
  • 2TB – RM1,068
  • 4TB – RM1,989

 Samsung 9100 PRO (Dengan sinki haba)

  • 1TB – RM745
  • 2TB – RM1,149
  • 4TB – RM2,009

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • TV Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3D Dibangunkan Google
  • Samsung Galaxy A56, A36, A26 Dijual Pada Harga Bermula RM1,199 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY