Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saman Tertunggak Tidak Jejaskan Kelayakan BUDI95 – Loke

Saman Tertunggak Tidak Jejaskan Kelayakan BUDI95 – Loke

Diterbitkan Disember 9, 2025 ยท Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh Amalina Athman

Kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata saman tertunggak dan kelayakan subsidi BUDI95 adalah mekanisme berbeza yang beroperasi secara berasingan, dan kedua-duanya tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik.

Berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon hendaklah memenuhi syarat asas iaitu warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad dan mestilah memiliki lesen memandu aktif.

Lesen memandu aktif merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah, atau tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun.

Sehubungan itu, Loke menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan kononnya mana-mana individu yang gagal menjelaskan saman akan hilang kelayakan manfaat BUDI95.

Berkaitan

  • Ini Cara Guna BUDI MADANI RON95 Dengan TNG eWallet
  • Cara Mudah Isi Petrol BUDI MADANI RON95 Guna Aplikasi Setel
  • MyDigital ID Kini Satu-Satunya Cara Log Masuk MyBayar PDRM Untuk Warganegara
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • BUDI95 Kini Tersedia Dalam Aplikasi Shell, Ini Cara Aktifkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY