Melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif boleh menikmati petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter.
Setiap pengguna diberikan kuota sehingga 300 liter sebulan, yang akan diperbaharui secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan. Jika kuota habis, harga pam biasa akan dikenakan untuk baki penggunaan.
Tiada pendaftaran khas diperlukan, tetapi pengguna perlu membuat pengesahan menggunakan MyKad untuk membeli RON95 pada harga subsidi.
Sebagai alternatif yang lebih mudah, pengesahan MyKad boleh dilakukan sekali sahaja melalui aplikasi seperti TNG eWallet atau Setel untuk pengisian minyak di stesen Petronas.
Daftar aplikasi Setel
Bagi pengguna yang mengisi minyak di stesen Petronas dan belum mempunyai aplikasi Setel, sila muat turun terlebih dahulu melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
Versi lebih ringan, Setel Lite, juga tersedia di Google Play Store dan Huawei AppGallery. Setelah itu, daftar dan sahkan akaun (e-KYC) untuk mula menggunakan BUDI95.
Cara guna BUDI95 dengan Setel
Terdapat beberapa pilihan pengisian minyak di stesen Petronas menggunakan aplikasi Setel.
1. Pengisian dari kenderaan (lihat video)
- Di stesen minyak, lancarkan aplikasi Setel dan klik pada “Purchase Fuel” atau “Pembelian Petrol”.
- Pilih nombor pam dan amaun petrol sama ada dalam RM atau liter. Pastikan toggle BUDI95 diaktifkan dan tekan “Pay”.
- Mula mengisi minyak setelah pam diaktifkan.
- Selesai. Kuota subsidi akan ditolak mengikut jumlah pengisian.
2. Pengisian One-tap (lihat video)
Untuk pengisian petrol BUDI95 menggunakan ciri Pengisian One-Tap, berikut adalah caranya:
- Buka aplikasi Setel di stesen minyak dan tekan “View All”.
- Pilih “One-tap Fuelling” atau “Pengisian One-tap”.
- Pilih jenis petrol dan jumlah isian, kemudian aktifkan pilihan “Use BUDI95”.
- Kembali ke halaman utama dan pilih nombor pam.
- Mulakan pengisian minyak selepas pam diaktifkan.
- Selesai. Baki kuota subsidi akan ditolak secara automatik mengikut jumlah isian.
3. Bayar di kaunter (lihat video)
- Di kaunter stesen minyak, buka aplikasi Setel dan tekan “Pay”.
- Tunjukkan kod QR Setel kepada juruwang untuk diimbas dan buat pembayaran.
- Pergi ke pam yang dipilih dan mula mengisi minyak.
- Selesai. Baki kuota subsidi akan ditolak secara automatik mengikut jumlah isian.
Selain itu, pengguna Petronas juga boleh mengisi minyak menggunakan integrasi Setel dalam aplikasi TNG eWallet.
Perlu diketahui bahawa semakan baki kelayakan bulanan hanya akan mula dipaparkan dalam aplikasi bermula 30 September 2025.
{suggest}