Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shell App BUDI95_1

BUDI95 Kini Tersedia Dalam Aplikasi Shell, Ini Cara Aktifkan

Diterbitkan November 26, 2025 · Dikemas kini November 26, 2025 oleh Amalina Athman

Shell Malaysia kini mengintegrasikan BUDI95 ke dalam aplikasi Shell bagi memudahkan pengguna mengakses subsidi petrol secara terus dalam aplikasi.

Cara aktifkan BUDI95

Melalui penambahbaikan ini, pengguna hanya perlu melengkapkan proses pengesahan eKYC TNG eWallet sekali sahaja. Caranya seperti berikut:

1. Buka aplikasi Shell Asia dan klik “Check BUDI95”.

2. Klik “Continue” dan masukkan butiran kad debit/kredit sebagai kaedah pembayaran.

Shell App BUDI95_3

3. Sekiranya kad sudah ditambah sebelum ini, pengguna akan diminta untuk membuka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

4. Dalam aplikasi TNG eWallet, berikan kebenaran akses dengan menandakan pada kotak yang disediakan dan kemudian tekan “Agree”.

5. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan “Proceed”.

Shell App BUDI95_4a

6. Seterusnya, masukkan kod OTP 6-digit yang diterima dan lengkapkan proses pengecaman wajah.

7. Setelah proses berjaya (Authorisation Successful), kembali ke aplikasi Shell.

Shell App BUDI95_5

Setelah disahkan, pengguna boleh menekan butang “Pay for Fuel” yang tersedia di halaman utama untuk membuat pembayaran petrol terus melalui aplikasi bagi menikmati kadar subsidi secara serta-merta.

Semakan baki subsidi petrol juga boleh dilakukan melalui Check BUDI95 > View Balance.

Shell App BUDI95_6

Sempena pelancaran ciri ini, Shell turut menawarkan ganjaran baucar bernilai keseluruhan RM2 juta.

Shell App BUDI95_2

Pengguna yang menghubungkan aplikasi Shell kepada TNG eWallet eKYC dan melakukakan transaksi BUDI95 bernilai minimum RM10 akan menerima baucar Shell RM5 dalam aplikasi. Pelanggan baharu aplikasi Shell pula akan menerima baucar tambahan RM5.

Selain itu, pengguna juga berpeluang memenangi pengisian petrol percuma selama tiga tahun. Hanya beli minyak enjin Shell Helix atau Shell Advance terpilih di mana-mana stesen Shell untuk menerima baucar istimewa. Baucar ini boleh ditebus dalam aplikasi Shell dan pelanggan akan didaftarkan secara automatik ke dalam Peraduan Free Fuels.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/BUDI95.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY