Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sakamoto days

Sakamoto Days Disahkan Bakal Diadaptasi Ke Filem Aksi Sebenar

Diterbitkan September 22, 2025 oleh ariff bukhari

Daripada Manga ke siri animasi, kini filem aksi sebenar Sakamoto Days disahkan sedang dibangunkan.

Pengumuman ini dibuat dalam edisi terbaharu majalah Weekly Shonen Jump.

Walaupun butiran lanjut masih belum didedahkan, maklumat tambahan dijangka akan dikongsi tidak lama lagi.

https://x.com/jump_henshubu/status/1969778647583400289

Manga asal karya Yuto Suzuki telah disiarkan dalam Weekly Shonen Jump sejak November 2020 dengan 23 jilid di Jepun dan 18 jilid terjemahan Inggeris.

Versi anime arahan Masaki Watanabe oleh TMS Entertainment pula mula ditayangkan pada 11 Januari 2025 dan disiarkan di Netflix.

Sakamoto Days mengisahkan Sakamoto, seorang pembunuh upahan yang kini menjalani kehidupan aman sebagai pemilik kedai bersama isteri dan anaknya.

Namun, kedamaian itu tergugat apabila seseorang dari masa lalunya muncul kembali sehingga memaksanya menyelesaikan pertikaian mereka.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • CelcomDigi Perkenal Langganan E-Invoice Soundbox, Hanya RM88/bulan
  • Kajian Lembu Dengan Corak 'Zebra' Menang Hadiah Ig Nobel 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY