Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi e-invois soundbox

CelcomDigi Perkenal Langganan E-Invoice Soundbox, Hanya RM88/bulan

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh ariff bukhari

CelcomDigi memperkasakan sektor perniagaan kecil di Malaysia dengan melancarkan pakej E-Invoice Soundbox bagi menyokong transformasi digital perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia.

Pakej ini menggabungkan alat bunyi dengan sistem e-invois automatik yang mudah digunakan tanpa memerlukan integrasi sistem rumit.

Ia membolehkan peniaga menerima pengesahan bayaran secara masa nyata melalui kod QR serta menjana invois digital secara automatik.

CelcomDigi e-invois soundbox
CelcomDigi e-invois soundbox

 

Dengan sokongan rangkaian CelcomDigi dan SIM terbina, peranti ini berfungsi lancar walaupun di kawasan dengan keterhubungan terhad.

Ditawarkan pada harga mampu milik RM88 sebulan, ia menjadi alternatif praktikal kepada sistem e-invois konvensional yang mahal dan kompleks.

Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan perniagaan harian, malah membantu PMKS dalam meningkatkan kelancaran operasi perniagaan.

E-Invoice Soundbox boleh diperoleh di seluruh negara menerusi wakil penjual berdaftar CelcomDigi.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web bisnes CelcomDigi.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Unifi TV 2.0 Untuk Semua - Serendah RM8/bulan, Ini Pelan Yang Ditawarkan
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY