Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Lembu Dengan Corak ‘Zebra’ Menang Hadiah Ig Nobel  2025

Kajian Lembu Dengan Corak ‘Zebra’ Menang Hadiah Ig Nobel 2025

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 21, 2025 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik Jepun memenangi Hadiah Ig Nobel dalam bidang biologi kerana kajian unik mereka yang menunjukkan lembu yang dicat dengan corak belang seperti zebra didapati jauh lebih sedikit digigit lalat berbanding lembu biasa.

Penyelidikan ini yang dijalankan sejak 2019 dahulu menggunakan lembu Hitam Jepun.

Ia diketuai oleh Tomoki Kojima yang bertugas di Organisasi Penyelidikan Pertanian dan Makanan Kebangsaan Jepun.

Kajian  ini mendapati, bilangan lalat penghisap darah berkurang lebih separuh, dan lembu bercat juga kurang melakukan gerakan menghalau lalat.

Kaedah ini berpotensi mengurangkan tekanan pada ternakan serta penggunaan racun serangga, sekali gus mengurangkan risiko rintangan persekitaran terhadap racun tersebut.

Namun, cat yang digunakan hanya bertahan beberapa hari, maka penyelesaian lebih tahan lama masih diperlukan.

Kajian Lembu Dengan Corak ‘Zebra’ Menang Hadiah Ig Nobel  2025
Kajian Lembu Dengan Corak ‘Zebra’ Menang Hadiah Ig Nobel  2025

Kajian ini bermula selepas seorang penternak meminta nasihat tentang cara melindungi lembu daripada gigitan serangga.

Inspirasi diperoleh daripada kesan jalur zebra yang disebut dalam sebuah program TV. Penyelidik Kojima Tomoki berkata anugerah ini memberi motivasi untuk meneruskan kajian.

Ini menandakan tahun ke-19 berturut-turut Jepun memenangi sekurang-kurangnya satu Hadiah Ig Nobel.

Hadiah Ig Nobel yang dianjurkan oleh Improbable Research, adalah parodi kepada acara Hadiah Nobel.

Acara Hadiah Ig Nobel telah diadakan selama empat tahun pertama di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), kemudian tiga dekad berikutnya di Universiti Harvard, dan sejak 2024 acara ini berlangsung kembali di MIT.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Inovasi Pelajar UTM Bagi Selamatkan Mangsa Banjir Diiktiraf Antarabangsa
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY