Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple pay

Sah, Apple Pay Hadir Ke Malaysia

Diterbitkan Ogos 8, 2022 · Dikemas kini Ogos 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

KEMAS KINI: Ambank telah menurunkan kandungan di laman web mereka yang mengesahkan kehadiran Apple Pay di Malaysia.

Ambank memaklumkan bahawa pelanggan kad kredit mereka boleh membayar menggunakan Apple Pay kelak.

Ini bermakna selepas memasukkan kad kredit Ambank pada Apple Wallet, anda boleh menggunakan iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac untuk membeli barangan sama ada di kedai fizikal mahupun secara dalam talian.

Tidak perlu lagi imbas atau leretkan kad, sebaliknya hanya letakkan iPhone, Apple Watch anda pada terminal beberapa saat.

Senang kata ia sama seperti PayWave, tapi gantikan kad dengan telefon.

apple pay

Minggu lalu, kami telah melaporkan Shopee yang telah senaraikan Apple Pay dalam pilihan pembayaran.

Buat masa ini, anda masih belum boleh menambah kad kredit/debit pada Apple Wallet namun dengan pengumuman daripada Ambank, pastinya sokongan ini akan ditambah secara rasmi dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Apple Didakwa Tuntut Yuran Secara Haram Melalui Apple Pay
  • Apple Pay Dilapor Bersedia Untuk Pengguna Malaysia, Maybank Antara Disebut
  • Apple Pay: Shopee Malaysia Dilihat Bersedia Terima Pembayaran Melaluinya

Dengan ini, benarlah Apple akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia dalam beberapa hari lagi.

Kita nantikan pengumuman daripada Apple Malaysia sendiri termasuk bank-bank lain yang dilapor terlibat seperti Maybank, CIMB.

Sumber: Ambank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY