Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spaylater

Apple Pay: Shopee Malaysia Dilihat Bersedia Terima Pembayaran Melaluinya

Diterbitkan Ogos 4, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dua minggu lalu, kami ada berkongsi laporan bahawa perkhidmatan Apple Pay akan ditawarkan seawal bulan ini, Ogos.

Terbaru, Shopee juga didapati telah menambah pilihan yang membolehkan pelanggan membayar melalui Apple Pay.

Pun begitu, ia masih belum diaktifkan untuk digunakan pelanggan kerana apabila anda pilih Apple Pay, Shopee akan memberitahu untuk memastikan ada kad aktif dalam Apple Pay.

apple pay shopee (1)
apple pay shopee (2)

Seperti kita tahu, pengguna Malaysia masih belum menambah apa-apa kad kerana Apple Pay masih belum tersedia rasmi di Malaysia.

Jika ia rasmi kelak, ini bermakna pengguna boleh membayar melalui Apple Pay selain ShopeePay, COD, melalui kedai serbaneka seperti 7-Eleven, FPX, kad debit, SPayLater dan ansuran.

Berkaitan

  • Begini Cara Memindahkan Kredit ShopeePay Kembali Ke Dalam Akaun Bank
  • BNM Khuatir 'Buy Now Pay Later' Pengaruhi Pengguna Berbelanja Melebihi Kemampuan
  • Apple Pay Dilapor Bersedia Untuk Pengguna Malaysia, Maybank Antara Disebut

Dengan berita ini, bermakna Shopee Pay juga bersedia dan memberi petunjuk pembayaran Apple ini akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY