Seorang pengguna di forum LowYat berkongsi tangkap layar menunjukkan kad miliknya berjaya dihubungkan dengan Apple Pay.

Ada juga ura-ura mengatakan akan pengumuman berkenaannya akan dilakukan dalam 2 minggu pertama Ogos ini.
Bukan itu sahaja, khabar angin juga berbisik bahawa ada beberapa lagi bank yang menyokongnya iaitu Maybank dan CIMB.
Seorang lagi pengguna berkongsi bahawa dia diberitahu oleh pihak perkhidmatan pelanggan Maybank untuk menunggu pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Selain itu, dijangka juga pengumuman oleh Apple akan dibuat pada hari Selasa kerana ia merupakan hari 'kegemaran' syarikat AS itu.
https://twitter.com/SLeong123/status/1549700350076403713?s=20&t=Th2HyBq-vY9j--sD_4QJrw
Berdasarkan statistik di negara lain, seorang peserta forum, jacktooadnroid meramalkan tanggal 9 Ogos 2022 akan menjadi tarikh pengumuman rasmi itu dibuat, jika bukan 2 Ogos.
Namun, jangan terlalu teruja dan percaya 100% dengan semua cakap-cakap ini kerana sesungguhnya tidak ada apa-apa yang pasti di dunia ini, COVID-19 contohnya.
Namun, apabila dilancar kelak, pastinya hype berita ini akan merancakkan media sosial tempatan sehingga mungkin ada yang menjadikannya alasan untuk mendapatkan iPhone baharu.
Untuk pengguna iPhone, apakah anda akan menggunakan Apple Pay ini atau terus dengan DuitNow dan imbasan kad yang sedia diamalkan hari ini?
Sumber: Lowyat
Berkaitan
- Setel Kini Boleh Ditambah Nilai Dengan ShopeePay, Ini Caranya
- Apple Premium Partner Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Malaysia
- Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit
- Apple Masih Gagal Bangunkan Modem 5G Sendiri - Kuo
- Kini Tinggal Kenangan, Apple Umumkan iPod Touch Tidak Lagi Dikeluarkan Kilang
- Saham Jatuh, Nilai Apple Kini Di Bawah $2 Trilion
- Apple Gantung Operasi Kilang Foxconn, 250 Pekerja Keracunan Makanan
- Takut Dibawa Ke Mahkamah Oleh Qualcomm Lagi, Apple Buat Rayuan Tapi 'Kalah'
- Tim Cook Dikatakan Pamer Sokongan Pada Ukraine Secara Halus Dalam Acara Apple
- BigPay Sokong Penghantaran Wang Ke 38 Negara