Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Event Visual 1

Safee Sali Kini Di eFootball™ 2024, Pemain Malaysia Pertama Dalam Game Ini

Diterbitkan Januari 12, 2024 oleh ariff bukhari

 eFootball™ 2024 mengumumkan integrasi legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali, ke dalam permainannya. Ini sekaligus menjadikan beliau sebagai legenda bola sepak Malaysia pertama yang disertakan dalam permainan ini.

“Melihat diri saya dalam eFootball 2024 seperti menghidupkan semula perjalanan peribadi saya. Ia mengembalikan kenangan dan hubungan yang saya buat melalui bola sepak. Saya harap peminat dan pemain eFootball ini menikmati sebahagian daripada perjalanan saya, merasai kebolehan bola sepak saya, serta menjaringkan gol-gol yang menakjubkan. Saya benar-benar bersyukur atas pengiktirafan ini — ia bermakna banyak bagi saya.” Safee Sali.

Sempena dengan ini juga, perwakilan permainan Safee akan dipaparkan dengan jenis kad EPIC yang berbeza, menonjolkan kepentingan sumbangannya kepada bola sepak di rantau ini.

1. Safee Sali x eFootball 2024

Selain itu, selaras dengan perkongsian KONAMI dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), integrasi Piala Asia AFC 2023 Qatar, menampilkan Pasukan Kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya), kini menjadi kenyataan dalam eFootball™ 2024.

2. AFC-ASIAN-CUP-QATAR-2023™️-Selection_Malaysia

Jom rasai keseronokan bermain bersama legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali dan kegembiraan Piala Asia AFC 2023 dengan terokai mod permainan inovatif yang meningkatkan pengalaman bermain.

Muat turun eFootball™ 2024 dari App Store atau Google Play sekarang.

Berkaitan

  • Status DNB Akhirnya Diputuskan, Di Bawah Kementerian Digital
  • MCMC Akan Pastikan Telco Tidak Kenakan Caj Tambahan Akses 5G
  • Honor Magic 6 Pro Dilancarkan - Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP

Sumber: Siaran media eFootball

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY