Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g

Status DNB Akhirnya Diputuskan, Di Bawah Kementerian Digital

Diterbitkan Januari 11, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas tergantung kedudukan mereka apabila Kementerian Komunikasi Dan Digital dipisahkan kepada 2 Kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital, Digital Nasional Bhd (DNB) diputuskan untuk diletakkan di bawah Kementerian Digital.

Menteri bagi Kementerian Digital kini adalah Gobind Singh Deo dengan Timbalan Menteri Digital pula disandang oleh Datuk Ugak Anak Kumbong.

Selain itu, turut diletakkan di bawah Kementerian Digital ialah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) yang sebelum ini Cybersecurity diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih kekal bersama Kementerian Komunikasi di mana Menteri Komunikasi kini disandang oleh Fahmi Fadzil.

Berkaitan

  • KKD Kini Dipecah Dua, Gobind Singh Dilantik Menteri Digital
  • HUAWEI FreeClip Kini Tersedia Dengan Teknologi AI Pada Harga RM899
  • Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY