Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Akan Pastikan Telco Tidak Kenakan Caj Tambahan Akses 5G

MCMC Akan Pastikan Telco Tidak Kenakan Caj Tambahan Akses 5G

Diterbitkan Januari 11, 2024 oleh Amalina Athman

Susulan pengumuman oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini menyatakan sokongan penuh terhadap komitmen kerajaan untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih (telco) tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

Berkaitan

  • Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Akses 5G - Fahmi Fadzil
  • Liputan Rangkaian 5G Lepasi Sasaran, Peralihan Ke Dwirangkaian Bakal Diumum

Jelas MCMC, pengumuman itu adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, MCMC turut menegaskan pihaknya akan memastikan setiap telco mematuhi komitmen yang dinyatakan.

Namun begitu, sekiranya terdapat aduan berhubung caj akses 5G, pengguna boleh menyalurkannya menerusi Portal Pengguna MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau hubungi talian 1-800-188-030.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY