Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Magic 6 Pro_6

Honor Magic 6 Pro Dilancarkan – Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP

Diterbitkan Januari 12, 2024 · Dikemas kini Januari 12, 2024 oleh Amalina Athman

Honor kini melancarkan peranti andalan baharu, iaitu Magic 6 dan Magic 6 Pro untuk pasaran China.

{suggest}

Magic 6 Pro

Honor Magic 6 Pro_8

Magic 6 Pro dilengkapi skrin LTPO OLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula adaptif 1-120Hz serta maksimum kecerahan 1800 nit dan sehingga 5000 nit untuk kandungan HDR.

Honor Magic 6 Pro_1

Menguasakan peranti adalah cip Snapdragon 8 Gen 3. Ia digandingkan bersama memori sehingga 16GB RAM dan 1TB storan.

Honor Magic 6 Pro_4

Dari segi kemampuan fotografi, Magic 6 Pro dilengkapi 180MP lensa periskop telefoto dengan sensor 1/1.49″, apertur f/2.6 yang menyokong 2.5x zum optikal dan 100x zum digital. Terdapat juga lensa 50MP utama (apertur boleh ubah f/1.4-f/2.0) dengan sokongan OIS dan 50MP ultra lebar.

Beralih ke bahagian hadapan, terdapat potongan berbentuk pil yang menempatkan kamera 50MP dan sensor 3D ToF untuk pengecaman wajah.

Untuk menghidupkan peranti, Magic 6 Pro dimuatkan kapasiti bateri 5,600mAh dengan sokongan pengecasan 80W berwayar dan 66W tanpa wayar.

Honor Magic 6 Pro_2

Antara lainnya, ia menyokong sambungan perkhidmatan satelit, rangkaian 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, NFC, penarafan IP68 serta menjalankan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.

Magic 6

Magic 6 dibina dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.78-inci yang menyokong resolusi FHD+, kadar segar semula adaptif 120Hz serta maksimum kecerahan 1600 nit dan sehingga 5000 nit untuk kandungan HDR.

Honor Magic 6_5

Sama seperti versi Pro, peranti ini dijana cip Snapdragon 8 Gen 3. Konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan 512GB storan.

Honor Magic 6_4

Untuk kamera, ia dilengkapi 50MP utama dengan sensor 1/1.3″ + OIS, 32MP telefoto dengan OIS, 2.5x zum optikal dan 50x zum digital serta 50MP ultra lebar. Kamera swafoto 50MP ditempatkan pada paparan berlubang di bahagian panel hadapan.

Magic 6_1

Beralih ke bahagian dalam, Magic 6 diisi dengan bateri 5,450mAh yang menyokong pengecasan 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Selain itu, ia mempunyai sokongan rangkaian 5G, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 7, NFC, serta menjalankan MagicOS 8.0.

Harga

Honor Magic 6 Pro Dilancarkan – Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP

Kedua-dua model tersedia dengan lima pilihan warna iaitu White, Lake Green, Wave Green, Cloud Purple dan Velvet Black. Berikut merupakan harga jualan untuk pasaran China:

Magic 6 Pro

  • 12GB + 256GB – 5,699 yuan (~RM3,724)
  • 16GB + 512GB -6,199 yuan (~RM4,051)
  • 16GB + 1TB – 6,699 yuan (~RM4,378)

Magic 6

  • 12GB + 256GB – 4,399 yuan (~RM2,875)
  • 16GB + 256GB – 4,699 yuan (~RM3,071)
  • 16GB + 512GB – 4,999 yuan (~RM3,267)

Untuk beli produk yang lain, layari kedai rasmi Honor di Shopee atau Lazada.

Sumber: Honor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY