Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC featured image kabel dasar laut

MCMC Pelawa Syarikat Kemuka Draf Pelan Untuk Projek Kabel Dasar Laut MADANI

Diterbitkan Julai 16, 2026 ยท Dikemas kini Julai 16, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa pemegang lesen yang layak untuk mengemukakan cadangan pelan bagi pelaksanaan inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) di bawah rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan syarikat yang berminat boleh mengemukakan Registration of Interest (ROI) bersama Draf Pelan Perkhidmatan Sejagat untuk penilaian, selaras dengan Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

PRESS RELEASE

MCMC INVITES SUBMISSION OF DRAFT PLANS FOR THE SAMBUNGAN KABEL DASAR LAUT MADANI (SALAM) INITIATIVE#MCMC pic.twitter.com/AKh9VFKCBJ

— MCMC (@MCMC_RASMI) July 16, 2026

Sebagai rujukan, inisiatif SALAM sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2026 sebagai salah satu usaha memperkukuh infrastruktur digital negara. Ketika pengumuman tersebut, projek berkenaan melibatkan pembangunan kabel dasar laut sepanjang 3,190 kilometer.

Melalui projek ini, sistem kabel dasar laut baharu akan dibangunkan bagi menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembangan terbaru, sistem SALAM yang dicadangkan akan merangkumi 10 Stesen Pendaratan Kabel (CLS) yang dihubungkan melalui empat segmen kabel dasar laut, dengan jumlah panjang laluan dianggarkan sekitar 5,582 kilometer.

Inisiatif ini akan memperkenalkan laluan sambungan yang lebih pelbagai dari segi geografi bagi meningkatkan kelewahan rangkaian (network redundancy), mengurangkan risiko gangguan perkhidmatan serta memperkukuh daya tahan komunikasi negara secara keseluruhan.

Menurut MCMC, rangkaian kabel dasar laut ini akan menjadi tulang belakang sambungan domestik bagi menyokong peluasan perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian 5G. Projek ini juga dijangka menyokong pertumbuhan infrastruktur awan, pusat data, teknologi kecerdasan buatan (AI) serta industri digital lain pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Kerajaan Umum Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI
  • Google Akan Bina Kabel Dasar Laut Baharu Hubungkan 4 Negara
  • Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY