Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tapo 1

Rupa Kamera Keselamatan Ini Mungkin Yang Paling Menarik Setakat Ini

Diterbitkan Ogos 1, 2025 · Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh ariff bukhari

TP-Link memperkenalkan produk penyelesaian rangkaian dan rumah pintar terbarunya, Tapo HybridCam Duo (C246D) — sebuah kamera keselamatan dua lensa yang direka khas untuk pengguna yang mahukan rumah kelihatan moden dan pintar.

Tapo C246D merupakan sebahagian daripada siri kamera HybridCam terbaru TP-Link, dengan keupayaan merakam pandangan 360 darjah secara menyeluruh.

Menerusi dua lensa 3MP beresolusi 2K nya, satu statik dan satu boleh disorot kiri ke kanan dan atas/ bawah, ia mampu memantau kawasan yang luas sambil memberi tumpuan kepada butiran penting, sekaligus mengurangkan keperluan memasang lebih dari satu kamera.

tapo 3

Reka bentuknya juga sangat fleksibel yang boleh dipasang pada meja, dinding atau siling di luar mahupun dalam rumah mengikut keperluan.

Tambahan pula, dengan penarafan kalis cuaca IP65, menjadikannya tahan lasak untuk kegunaan dalam pelbagai keadaan cuaca.

Tidak cukup dengan itu, C246D turut dilengkapi dengan AI pintar yang mampu mengesan pergerakan manusia, haiwan peliharaan dan kenderaan secara automatik

Ia juga menyokong Color Night Vision yang membolehkan rakaman kekal jelas dan berwarna walaupun dalam suasana cahaya yang rendah.

Semua ini ditawarkan tanpa memerlukan langganan bulanan, menjadikan C246D pilihan yang sangat berbaloi untuk pengguna yang mahukan keselamatan premium pada harga bajet .

Sudah pun dilancarkan untuk pasaran luar yang boleh dibeli dari stor Amazon pada harga USD69.99 (~RM328), kamera keselamatan Tapo C246D ini dijangka akan tiba di Malaysia tidak masa lagi di mana ia sudah pun disenaraikan di laman rasmi tp-link Malaysia.

Beli barisan kamera keselamatan tapo dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmv2kv
  • Lazada – https://invl.me/clmv2kr

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Syarikat Tandas Jepun Melancarkan Tandas Pintar Pertama Mampu Analisis Najis Pengguna
  • Dari Litar Lumba, Suzuki Kini Terjun Ke Dunia eSukan Bersama CAPCOM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY