Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dari Litar Lumba, Suzuki Kini Terjun Ke Dunia eSukan Bersama CAPCOM

Dari Litar Lumba, Suzuki Kini Terjun Ke Dunia eSukan Bersama CAPCOM

Diterbitkan Ogos 1, 2025 · Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh ariff bukhari

Suzuki Motor Corporation telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan CAPCOM untuk menaja kejohanan eSukan bagi permainan popular Street Fighter 6 sepanjang tahun 2025 ini.

Penajaan ini meliputi acara utama seperti Street Fighter League: Pro-JP 2025, CAPCOM Pro Tour 2025 PREMIER, dan CAPCOM CUP 12 / World Championship 2025.

Kerjasama dimulakan secara rasmi dengan acara EVO 2025 di Las Vegas (1–3 Ogos 2025) di mana Suzuki akan menyokong kejohanan eSukan CAPCOM secara global.

Sebelum ini, Suzuki telah menaja CAPCOM CUP 11 / World Championship 2024, termasuk mempamerkan motosikal kolaborasi khas “GSX-8R Tuned by JURI” pada Mac lalu.

Suzuki bercadang untuk meneruskan usaha menyatukan dunia motosikal dan permainan video ini.

Kejohanan seperti CAPCOM Pro Tour dan Street Fighter League menjadi platform persaingan individu dan berpasukan yang disertai pemain elit dari seluruh dunia, dengan pemenang mara ke peringkat akhir di Jepun bagi merebut gelaran juara dunia.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Syarikat Tandas Jepun Melancarkan Tandas Pintar Pertama Mampu Analisis Najis Pengguna
  • DJI Lancar Kamera Aksi 360° Pertama, Osmo 360 - Harga Bermula RM1,879

Sumber: Global Suzuki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY