Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
baidu

Roboteksi Baidu Masuk Pasaran Antarabangsa Melalui Uber

Diterbitkan Julai 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Baidu dan Uber mengumumkan kerjasama strategik untuk melancarkan teksi tanpa pemandu Apollo Go di platform Uber, bermula tahun ini di beberapa pasaran luar Amerika Syarikat, termasuk Asia dan Timur Tengah.

Kerjasama jangka panjang ini bakal menyaksikan ribuan kenderaan autonomi Baidu beroperasi dalam aplikasi Uber di pelbagai negara. Pengguna akan berpeluang memilih untuk menaiki teksi tanpa pemandu selepas membuat tempahan menerusi aplikasi.

Di China, Baidu telah mengoperasikan ratusan roboteksi, termasuk lebih 500 unit di bandar Wuhan. Pada Mac lalu, Baidu turut mengumumkan pelancaran ujian perkhidmatan di Dubai, menjadikannya penyertaan antarabangsa pertama Apollo Go.

Sumber industri turut mengesahkan bahawa ujian serupa akan dimulakan di Eropah dan Turki menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Uber sendiri akan memulakan operasi teksi autonomi di London pada 2026, bermula dengan pemandu keselamatan di tempat duduk sebelum beralih sepenuhnya kepada sistem tanpa pemandu.

Berkaitan

  • Dulu Buat 'Game' Masa PKP, Sekarang Dah Bimbing Robotik Sampai Luar Negara
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Servis Teksi Robot Elon Musk Mula Ditawarkan Di AS

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY