Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DatoBulat Tech Lab 1

Dulu Buat ‘Game’ Masa PKP, Sekarang Dah Bimbing Robotik Sampai Luar Negara

Diterbitkan Mei 22, 2025 · Dikemas kini Ogos 30, 2025 oleh ariff bukhari

4 Rakan dari universiti tempatan semakin menempa nama dalam bidang robotik menerusi syarikat pemula dibangunkan mereka yang dikenali sebagai DatoBulat Tech Lab.

Syarikat pemula yang ditubuhkan pada tahun 2023 itu diasaskan oleh Mohamad Hazmi Mohamad Hafizi graduan Kejuruteraan Elektri dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhammad Alif Danish  Yusrinor, pelajar tahun tiga Kejuruteraan Automotif, juga dari UTM serta bersama 2 lagi rakan mereka dari UniKL dan UNITEN.

Mereka yang bersahabat sejak bangku sekolah lagi berkongsi minat yang mendalam dalam bidang robotik.

Menceritakan bagaimana tertubuhnya DatoBulat Tech Lab semasa sesi temu bual bersama OSCA UTM (Office of Strategic & Corporate Affairs), ia bermula dengan inisiatif menjalankan program dalam talian seperti membina permainan melalui Scratch ketika PKP.

Melihat sambutan yang menggalakkan, mereka membina modul hands-on merangkumi pelbagai aspek seperti asas reka bentuk robotik, cetakan 3D, pendawaian asas, pemprograman serta peningkatan keyakinan diri untuk menyertai pertandingan.

Dulu Buat ‘Game’ Masa PKP, Sekarang Dah Bimbing Robotik Sampai Luar Negara
Sokongan pelbagai pihak seperti Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTM XCITE),Sunway iLabs dan MTDC turut menjadi pemangkin kepada pertumbuhan syarikat ini. Kredit: UTM

Dengan sokongan yang diterima dari pelbagai pihak, DatoBulat Tech Lab berjaya berkembang sehingga ke pasaran Thailand dan Indonesia serta membantu membawa pelajar sekolah tempatan menyertai pertandingan antarabangsa seperti World Robot Games di China dan Singapura.

Malah mereka pernah dijemput ke Iran untuk memberi ceramah dan membimbing pelajar yang menyertai pertandingan robotik dunia.

DatoBulat Tech Lab
Salah satu model robotik dibangunkan DatoBulat Tech Lab yang direka untuk digunakan dalam sesi berkumpulan di sekolah atau pertandingan. Kredit: UTM
DatoBulat Tech Lab
Mohamad Hazmi (CEO & Founder) dan Muhammad Aliff (COO & co-founder). Kredit: UTM

Kini beroperasi dari sebuah pejabat kecil di Bandar Damansara, Kuantan, Pahang. DatoBulat Tech Lab bersama memacu pengembangan keusahawanan teknologi dalam pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Malaysia dengan memfokuskan pembangunan produk dan membimbing pelajar menerusi kit robotik mereka yang berharga antara RM500 hingga RM2,500.

{suggest}

Sumber: UTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY