Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk Tayang ‘Cybercab’ Robotaxi, Teksi Robot Sokong Pengecasan Tanpa Wayar

Servis Teksi Robot Elon Musk Mula Ditawarkan Di AS

Diterbitkan Jun 23, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas mempamerkan prototaip kereta pandu sendiri ‘cybercab‘ yang dipanggil sebagai Tesla Robotaxi, servis teksi robot ini mula ditawarkan di AS hari ini.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan robotaxi ini buat masa ini hanya ada ditawarkan di Austin, Texas dan menggunakan model Tesla Model Y.

Tesla memilih Texas kerana peraturan negeri itu yang mesra perniagaan, membenarkan ujian dan kenderaan autonomi beroperasi selagi syarat keselamatan dipenuhi.

Elon Musk Tayang ‘Cybercab’ Robotaxi, Teksi Robot Sokong Pengecasan Tanpa Wayar
Buat masa ini, Robotaxi menggunakan model Tesla Model Y, bukan Cybercab yang dipertontonkan kepada umum pada Oktober 2024 dulu, tanpa pedal dan stereng kerana ia masih dalam pembangunan. yang dijangka hanya akan mula diproduksi pada tahun 2026. 

Elon Musk menyifatkan pelancaran ini sebagai hasil “sedekad kerja keras”. Menurut penganalisis, ia dijangka menjadi pemacu pertumbuhan besar Tesla, dengan potensi menambah nilai pasaran syarikat itu sehingga $1 trilion.

Setakat ini, hanya 10 kenderaan autonomi akan digunakan pada minggu pertama, dengan jangkaan meningkat kepada 1,000 unit dalam beberapa bulan akan datang yang akan diperluaskan ke bandar lain seperti San Francisco dan Los Angeles.

Robotaxi ini hanya ditawarkan kepada pengguna awal yang menerima jemputan dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga tengah malam, dalam kawasan khas yang ditetapkan.

Tesla kini bersaing dengan syarikat seperti Waymo yang sudah lama menawarkan perkhidmatan robotaxi secara komersial.

Berkaitan

  • Elon Musk Tayang 'Cybercab' Robotaxi, Teksi Robot Sokong Pengecasan Tanpa Wayar
  • Petronas Kini Sokong Bayar Minyak Guna TNG eWallet - Ini Caranya
  • EU Perkenal Label Tenaga Dan Skor Kebolehbaikan Untuk Telefon Dan Tablet

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY