Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Robot Humanoid Kini Boleh Disewa Untuk Majlis Perkahwinan Di China

Robot Humanoid Kini Boleh Disewa Untuk Majlis Perkahwinan Di China

Diterbitkan Disember 31, 2025 oleh ariff bukhari

AgiBot, syarikat robotik dari Shanghai, melancarkan platform sewaan robot baharu bernama Qingtian Rent.

Melalui aplikasi mini WeChat, pelanggan boleh menyewa lebih 1,000 robot untuk pelbagai acara seperti mesyuarat perniagaan, pameran dagangan, konsert dan  termasuklah majlis perkahwinan.

Harga sewaan pula bergantung pada model dan kegunaan seperti robot D1 Ultra untuk rondaan keselamatan hanya sekitar CNY500 (RM330) sehari, manakala pakej pertandingan sukan dengan dua robot boleh mencecah CNY100,000 (RM66,000) sehari.

Robot China Cipta Rekod Dunia Guinness Berjalan Lebih 100Km Selama 3 Hari
Antara model robot yang dibangunkan Agibot Innovation.

Platform Qingtian Rent ini sudah pun mula beroperasi di 50 bandar dengan lebih 600 penyedia perkhidmatan, dan bercadang berkembang ke 200 bandar pada 2026.

“Strategi 1234” platform itu menyasarkan 10 pengeluar OEM, 200 penyedia sewaan utama, 3,000 pencipta kandungan serta 400,000 pelanggan menjelang 2026.

Fokus mereka pada tahun ini ialah hiburan dan persembahan, manakala sektor industri akan dibuka tahun depan.

Pasaran sewaan robot China bernilai lebih CNY1 bilion (RM660 juta) pada 2025, dijangka melonjak ke CNY10 bilion (RM6.6 bilion) pada 2026, sekali gus menandakan era baharu ekonomi robotik.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Robot Humanoid Kini Bekerja Di Kilang Bateri EV
  • Pesawat UAV China Boleh Terbang Menegak, Beroperasi Sejauh 4,000 KM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY