Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Kementerian Komunikasi Okt 2025

Kerajaan Teliti Keperluan Lesenkan Permainan Dalam Talian – Fahmi

Diterbitkan Oktober 30, 2025 · Dikemas kini Oktober 30, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti mekanisme terbaik bagi mengawal selia permainan video dalam talian, susulan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna, khususnya golongan kanak-kanak.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kementeriannya telah mengadakan mesyuarat bersama MCMC bagi membincangkan perkara itu, namun keputusan rasmi belum dapat diumumkan kerana masih di peringkat penelitian.

“InsyAllah, Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) akan mula berkuat kuasa awal tahun depan dan akta ini akan digunakan untuk memastikan platform media sosial serta penyedia perkhidmatan dalam talian menyediakan ekosistem yang selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.”

Dalam pada itu, Fahmi berkata kementerian juga sedang memantau dan meneliti keperluan untuk melesenkan sekurang-kurangnya 10 jenis permainan dalam talian, termasuk Roblox, yang didapati tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia bawah 16 tahun.

Beliau berkata kementeriannya juga telah mengadakan pertemuan dengan wakil permainan video dalam talian Roblox, susulan insiden yang melibatkan seorang kanak-kanak baru ini.

“Saya telah bertemu dengan mereka (wakil Roblox) dan mereka agak gementar kerana pada hari pertemuan itu, laporan berita menyatakan seorang kanak-kanak sembilan tahun dipercayai telah mencederakan adiknya berusia enam tahun, dan insiden itu dikaitkan dengan pengaruh Roblox. Saya sendiri telah mengharamkan anak saya daripada bermain Roblox dan memadam aplikasi itu daripada semua peranti di rumah. Namun, kerajaan belum membuat keputusan rasmi mengenainya.”

Katanya lagi, cabaran utama ketika ini bukan hanya untuk menghalang kanak-kanak bawah umur 16 tahun daripada membuka akaun media sosial, tetapi juga memastikan sistem verifikasi umur dan pengesahan identiti dilaksanakan dengan berkesan.

Walaupun setiap platform seperti Facebook dan TikTok mempunyai mekanisme tersendiri, langkah itu dilihat masih belum cukup meyakinkan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • MCMC Cadang Hadkan Dua Kad SIM Prabayar Setiap Telco - Teo
  • MCMC Akan Bincang Pelaksanaan eKYC Dengan Platform Media Sosial - Fahmi
  • ROBLOX Hadap Fahmi Fadzil, Bincang Pelaksanaan ONSA Di Platform Tersebut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY