Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ricoh gr iii

Ricoh Dilapor Akan Lancar GR IV Pada Tahun 2025

Diterbitkan November 8, 2024 ยท Dikemas kini November 8, 2024 oleh Amsyar Latif

Ricoh tahun ini telah melancarkan GR III/IIIx HDF di mana ia bukanlah pengganti GR III. Sebaliknya, hanyalah varian baharu bagi siri kamera popularnya. Namun, menurut laporan terbaru, Ricoh GR IV akan dilancarkan seawal suku pertama tahun 2025.

Jangan salah faham, GR IV tidak sama dengan GR Digital IV. Ricoh GR IV dikhabarkan hadir dalam dua versi. Pertama, kamera sensor APS-C dengan warna standard. Kedua, kamera versi monokrom yang mungkin diperkenalkan selepas versi standard dilancarkan.

photo_2024-11-08 09.40.19
Foto dari Ricoh GR IIIx
photo_2024-11-08 09.40.22
Foto dari Ricoh GR IIIx

Tidak pelik sekiranya Ricoh berbuat demikian kerana mereka sering menampilkan strategi serupa. GR III pertama kali hadir ke pasaran sekitar lima tahun lepas (2019). Kemudian, banyak versi ditawarkan seperti GR IIIx (jarak fokus 40mm), versi urban, versi street, versi diary dan terbaru versi HDF (highlight diffusion filter).

Buat masa sekarang, belum pasti apakah pembaharuan yang bakal dibawa untuk GR IV. Walau bagaimanapun, rata-rata peminat mahukan ‘flash’ terbina, skrin LCD yang boleh dicondongkan, lebih tahan terhadap cuaca (weather sealed), autofokus lebih baik serta mengekalkan saiz sama.

Jenama Ricoh mungkin tidak berapa popular untuk golongan biasa yang mana lebih mengetahui jenama arus perdana seperti Fujifilm, Canon atau Sony. Namun, kamera digital ini cukup diminati peminat fotografi jalanan dan juga kamera digital yang kompak. Ia merupakan alternatif kepada kamera Fujifilm X100V dan (mungkin) X100Vi.

Berkaitan

  • Panasonic LUMIX S9, Kamera 'Full-Frame Mirrorless' Kompak Berharga RM7,599
  • Canon EOS R5 Mark II Kini Di Malaysia, Dijual Pada RM18,999
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Fujifilm X-M5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM3,948

Sumber: fujirumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY