Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lumix S9

Panasonic LUMIX S9, Kamera ‘Full-Frame Mirrorless’ Kompak Berharga RM7,599

Diterbitkan Jun 1, 2024 oleh ariff bukhari

Panasonic mengumumkan LUMIX S9, kamera ‘Full-Frame Mirrorless’ terkecil dan paling ringan dalam Siri LUMIX S tetapi dilengkapi penderia CMOS bingkai penuh lebih kurang 24.2 megapiksel yang setara dengan LUMIX S5II.

Selain itu, kamera ini dilengkapi dengan PDAF (Phase Detection Auto-Focus), yang menyediakan penjejakan subjek yang sangat baik, dan Active I.S., yang dengan ketara mengurangkan kekaburan daripada goncangan kamera dalam apa jua keadaan.

LUMIX S9 juga menawarkan akses mudah pelbagai gaya warna popular, klasik atau ditempah khas dalam kamera dengan fungsi REAL TIME LUT yang popular melalui butang ‘LUT’ khusus baharu pada kamera.

Panasonic LUMIX S9, Kamera ‘Full-Frame Mirrorless’ Kompak Berharga RM7,599
LUMIX S9 juga memperkenalkan format rakaman baharu; MP4 Lite. Merakam Open Gate dalam 4:2:0 10 bit dalam 30p/25p.
Panasonic LUMIX S9, Kamera ‘Full-Frame Mirrorless’ Kompak Berharga RM7,599
Panasonic LUMIX S9, Kamera ‘Full-Frame Mirrorless’ Kompak Berharga RM7,599

LUMIX S9 tersedia untuk pra-pesanan pada harga RM 7,599 untuk Badan DC-S9GA sahaja, dan RM 8,999 untuk DC-S9KGA, yang disertakan dengan Lensa R2060.

Model yang ditempah awal melalui runcit dari 30 Mei hingga 30 Jun 2024 akan tersedia dalam warna Jet Black dan Dark Olive, manakala yang ditempah dari Lazada atau Shopee dari 6 hingga 30 Jun 2024 akan tersedia dalam warna Jet Black dan Crimson Red.

Semua prapesanan LUMIX S9 akan datang dengan hadiah percuma SmallRig L-Shape Handle, pek bateri dan Kad SD SanDisk Extreme Pro 64GB.

Beli kamera Panasonic dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll7kbl
  • Lazada – https://invol.co/cll7kbr

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Jualan 6.6 Anker Kembali, Ini Senarai Produk Yang Ada Diskaun
  • Amazfit Balance Kini Menjalankan Zepp OS Yang Dikuasakan AI

Sumber: Siaran media Panasonic

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY